ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford dan Mahindra gabung tenaga untuk bangunkan SUV

Views

Ford dan Mahindra telah menandatangai lima perjanjian yang bakal menyaksikan kedua-dua syarikat bekerjasama untuk melancarkan kenderaan baharu untuk pasaran yang baharu muncul seperti di India. Perjanjian tersebut bakal membuka jalan untuk pembangunan-bersama model SUV saiz-sederhana yang bakal dibina menggunakan pelantar Mahindra. Buat masa ini kedua-dua syarikat masih berahsia mengenai perkara tersebut namun dikatakan mereka bakal mendapat versi masing-masing.

Selain itu, Ford dan Mahindra turut bersetuju untuk melihat kemungkinan untuk membangunkan-bersama kenderaan elektrik dan model SUV kompak. Turut dipertimbangkan adalah perkongsian enjin dan kedua-duanya memberi petunjuk yang memungkinkan penggunaan enjin Mahindra pada kenderaan Ford.

Kedua-dua syarikat juga bakal bekerjasama untuk menghasilkan satu suite penyelesaian untuk menghubungkan kereta kepada pengguna di mana sebelum ini Ford telah mengumumkan 90 peratus kenderaan global baharu mereka akan mempunyai sistem perhubungan menjelang 2020. Kerjasama ini dijangka bakal mengurangkan kos dan Mahindra bakal menerima manfaat daripada “capaian global dan kepakaran” manakala Ford pula akan mengambil kesempatan atas “skala pasaran Mahindra di India serta model operasinya yang berjaya”.

Dalam satu kenyataan, pengarah urusan Mahindra, Dr Pawan Goenka berkata, pengumuman tersebut adalah langkah seterusnya dalam kerjasama antara Ford dan Mahindra. Kedua-duanya akan bekerjasama dalam pembangunan-bersama selaras dengan keperluan industri dan memanfaatkan kekuatan bersama. Sinergi antara kedua-dua syarikat ini menerusi kerjasama tersebut bakal membuka peluang berpotensi pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply