Semakin kerap kita menemui kelibat unit prototaip ujian bakal SUV pertama Proton ini sedang diuji kan? Foto itipan terbaharu ini telah kami perolehi oleh Amir Zaheen Minhaj di dalam kawasan masjid Politeknik, Shah Alam sebentar tadi setelah selesai solat Jumaat. Model yang diuji ini masih lagi dengan pemanduan sebelah kiri dan sarat dengan celoreng penyamaran serta kelihatan ada objek seakan hos berada di atas papan pemukanya.
Menurut maklumat tambahan yang diperolehi dari Amir Zaheen Minhaj, model ini menggunakan tayar keluaran syarikat Cooper Tire yang bersaiz 225/60/18. SUV pertama Proton ini bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dan dikatakan 3,000 unit terawal akan di bawa secara CBU dari China sebelum versi CKD yang dipasang di Tanjung Malim mula dipasarkan tahun depan. Pembinaan kilang pengeluaran terbaharu usahasama Proton-Geely kini telah bermula dan ia dijangka siap awal 2019.
KLIK UNTUK BESARKAN
Toyota CHR ah sampai. Baik beli Toyota CHR dpd proton boyue yg ntah bila nak launch..
Harga CH-R mmg tak sepadan dgn spesifikasi yg diberi. Baik beli facelift HR-V je. Boyue pun akan tapau sales CH-R walaupun launch bulan October.
Skrg pun CHR dah tapau proton Boyue. 1500 tempahan dah.
Jualan geely boyue dah capai 500k unit bro.. Boyue memang dah tapau CH-R dan HR-V
Di eropah Dan benua America dikenali sebagai geely emgrand X7 sport.. Tahun 2017 sahaja boyue terjual lebih 286 000 unit..
Ni pasaran antarabangsa.. Jika pasaran Malaysia boyue kena tapau.. Typical
Itu geely boyue bro.. jgn bandingkan dgn geely boyue.. diorg bincang pasal proton boyue.. haha!
286k tu figure jualan 2017 di China SAHAJA.
http://carsalesbase.com/china-car-sales-data/geely/geely-boyue/
Bangunkan model Arena generasi kedua dari platform Boyue untuk pasaran Asia tenggara. Berkongsi pelantar menjimatkan kos pembangunan.
Boyue masuk proton nampak lah Proton idup balik.. harap proton sendiri buat kete macam haram.. syok sendiri.. lepas tu melambak masalah di SC.. !
286k tu figure jualan 2017 di China SAHAJA.
http://carsalesbase.com/china-car-sales-data/geely/geely-boyue/
Wow..! Luar biasa sambutannya..