ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Perdana 2016 bocor lagi!

Views

Sebenarnya sejak malam tadi lagi kami beberapa group pemilik Proton di Facebook telah viralkan foto-foto dan ada juga rakan-rakan kita yang lampirkannya di ruangan komen. Namun atas dasar berhati-hati, kami sengaja melambatkan artikel berkaitan foto ini supaya kami ada alasan kukuh jika pihak pengurusan Proton menghubungi kami.

Foto terbaharu ini besar kemungkinan dirakam dalam kawasan bangunan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan kilang MVF Proton Shah Alam kerana di kawasan sekitarnya terdapat model prototaip ujian Persona generasi baharu dan juga Honda Brio hatchback. Kami sengaja pudarkan latar belakang untuk memfokuskan kepada subjek utama.

perdana 2016 bocor 2

Unit ini berkemungkinan versi pengeluaran Perdana 2.4 Premium kerana kelihatan tempat duduknya berwarna beige. Selain itu terdapat beberapa sensor di bahagian bumpar denpan dan belakang serta kit badan satu tona warna. Agak menghairankan kerana unit yang dipamerkan semasa alami Proton mempunyai kit badan dua tona yang nampak lebih sporty.

Kami juga agak keliru samada ini versi 2.0 atau 2.4 kerana tiada foto di bahagian sisi yang boleh menunjukkan rim aloi yang sekaligus boleh mengesahkan variannya. Difahamkan model yang telah lama tertangguh pelancarannya akan diperkenalkan secara rasmi pada pertengahan bulan Mei. Untuk mengetahui spesifikasi varian 2.4 Premium anda boleh klik pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

perdana 2016 bocor 2 perdana 2016 bocor 1 perdana 2016 bocor 3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

39 Comments


  • Orang biasa2 tak belila keta ni..Orang banyak sikit duit mahu ke guna kereta jenama proton lagi2 ketururnan yang satu lagi tu. Orang kita yang kaya sikit2 tak ramai tapi mahu ke mereka beli proton nanti nampak mcm orang biasa pulak. Akhirnya pembeli2 utama adalah jabatan kerajaan sendiri atau pegawai2 yang duduk sembang2 gah keja kat glc.
    Adakah lonjakan jualan proton naik dengan pengenalan model ini..mungkin bole kalo proton bole jual bwh 110k tapi saya ragu2..biasala rakyat biasakan.. perkara biasa2 je..kalo tak laku pun benda biasa..last2 buat macam biasa .


    • Mmm… model nie dlm D segment. Dlm sejarah M’sia, D segment bukanlah model popular disebabkan kelas dan harganya bukan mampu milik bagi majoriti pembeli. Dlm 650k jualan setahun kereta m’sia mgkin less then 10% jer pasarannya. Model nie x membantu dlm meningkatkan jualan prootn tapi sekurang2nya pengenalan comeback perdana baharu nie setelah sekian lama menyepi membantu meningkatkan prestige n jenama proton di era yg baharu:) Proton x perlu target jauh utk model nie cukup menjadikan model perdana baharu nie sebagai antara model terbaiknya dan antara model terlaris dlm D segment di M’sia:)

      Cheers!


      • bagi proton, model ni buat ada-ada je..

        kalau nak meningkatkan prestij atau model terbaik segmen D, sudah tentu proton fikir panjang sebelum keluarkan perdana dari accord lama.


          • Sebab faktor tk popular lah aku rasa Proton just re-badge kan segment D ini supaya xbyk kos wasted utk segmen ini tapi AT LEAST Proton ada sharing juga segmen D ini dari ZERO takde langsung.

            Segmen2 yg popular dlm pasaran Malaysia Proton develop sepenuhnya. Good strategy lah tu.

            Org Malaysia pun later akan TEPU/ SATURATED dengan beli keta luar.. manusia ni Tuhan bekalkan dengan sifat JEMU…. skrg ni zaman ‘kegeraman’ untuk pakai keta Japang ke Europe, konon2 mcm protes juga pada Proton selama 30 tahun lepas…. rasanya mereka akan kembali beli Proton, jika kualiti dan comfort bagi kete Proton dh on par dengan brand2 utama.

            tgk VIOS n City bersepah2 skrg ni rase amatlah membosankan.. tin milo yg dibekalkan dengan enjin sikit jimat petrol.. that’s all..aku rasa..


  • aku ada terfikir..
    kalau lah nak rebadge macam ni, ada baiknya kalau kita pergi cari chasis yang baik, tapi dari brand yang kurang terkenal.

    kepentingan chasis yang baik, tapi brand yg kurang terkenal ialah kos maybe lebih rendah, dan yang paling penting restriction technical akan jadi kurang. maksudnya kita boleh change banyak benda. termasuklah maybe engine atau exterior lain yang boleh nampak kan design kita tu lebih menarik.

    brand macam honda, ni chasis terbaik. tapi restriction technical pun tinggi. dan boleh tahan mahal.and dia boleh dictate kita punya overall design.

    kalau skoda, contohnya, maybe brand tak bagus. tapi chasis skoda antara yang terbaik.

    tapi takpalah berniat baik. maybe dorang dah check dengan semua brand. and pound for pound, honda is the best. cumanya banyak sgt hal yang mencacatkan. contohnya pandangan sisi perdana ni. ia menunjukkan…bahagian belakang yg sangat…..pelik


      • Oh ya kah. Betul jugak skoda under vw. Tapi tak kisah lah. Pointnya ialah maybe dengan chasis baik and brand tak terkenal sgt, proton boleh lagi economically produce vehicle

        Ini kes large vehicle. Perdana. What if kalau nak buat mpv. Boleh saja guna suzuki, or apa saja lah. Or suv.

        Tapi ini kes spesifik lah noh. Utk process yg similar utk perdana – accord ni…


        • chasis baik byk ke mampu nak beli sbb cost akan tinggi.. pengeluar takkan nak bagi chasis depa murah2.. mmg mudah cakap tapi nak laksanakan bukan murah..


  • design belakang dia buruk dan ada pulak chrome dekat foglamp..
    design yg biasa..
    ni version 2.0 kot sebab lubang ekjos tkder kt skirt bwh..

    aku dh ckp dari awal.. belakang dia hodoh… tp org marah aku..
    sebab depa xleh terima pandangan org lain…

    satu lagi model yg bakal melingkup..
    dah berapa org book?
    2 ka 5?

    dh la lambat nak launch… basi..

    mcm ni nak lawan camry dgn accord?
    huhu…

    proton lembap


    • besar jugak amarah ko bro..ye
      ade ke Proton ckp nak lawan Camry Accord ?

      Proton ckp dia nak lancarkan segmen D.
      So isikan slot model yang proton perlu gantikan Perdana lama..
      nk melingkup ke atau tak unjuran tu ko punya otak yg ckp.. kita doakan sharing segmen D Proton tetap akan dpt revenue yg ok.

      panas hati sgt? come lah bro.. matang sket.

      cantik ke hodoh design mcm atas up to each person., jgn bebal sgt bro.. meloya le bace..

      hahahha


  • INSYALLAH GUA MINAT BELI NI.TAHNIAH PROTON KERANA DESIGN ANDA LEBIH CANTIK DARI HONDA.YANG KOMEN SKODA NAMPAK SANGAT KETINGALAN ZAMAN.DAH TENTU ADIK BERADIK AUDI DAN VW


  • KALAU MACAM NI LAH RUPA PROTON BUANG MASA AKU DOK TUNGGU , ERMM KECEWA N SGT KECEWA , AWAT LAH HANGPA NI CIKAI SGT DAH HABIS PKIAQ KA , NI LAH MASALAH HANGPA BILA MANA ORG ORG TUA DOK P BUAT KERETA KONONNYA GLOBAL , NI BUKAN GLOBAL CAR TAPI BE**L CAR ,ISSHHH AWAT LA HANG PA NI

    , SO DEPA DOK SYOK DEPA DAH P DEPAN N FUTURE , PROTON DEPAN AKU PUJI BELAKANG NAK KATA CAMRY PUN TAK , ACCORD PUN X , JAGUAR PUN TAK , MERC PUN TAK , ENTAH APA LAH ILHAM HANGPA , KALAU AKU JADI PM AKU MAU PKIAQ DUA TIGA KALI NAK NAIK KE TAK , DOK WAT CONTEST KERETA BG HADIAH LAST LAST NI JA HANG PA BOLEH BUAT ,ERMM TAKPALAH SAPA NAK BELI BELI LAH


  • Kadang aku pelik juga, komen kata buruk dah tengok depan depan ker. pastu kata x lawa. aku tgk design lampu belakang tu ada ja kat mana mana kereta global lain, xplak kena kutuk, proton kasi sama pun hampa kutuk x lawa, ke hampa memang dari awal x suka proton.

    jujur cakap, aku x kata design belakang ni lawa, tp x lah teruk sangat


  • Kalau baca komen org yg bernama akupunya mcm dunia ni dia yg punya….jgn takbur la bro….lu punya sembang lembu pun boleh terbang…


  • pendapat masing2..tapi tu lah proton kan.. cubalah designer tu tegas buat yang up to date.. kadang designer dh bagi y terbaik ikut kehendak pasaran sekarang..tp keputusan akhir byk lak campur tangan dari pihak atasan y seleranya selera lama.. kalau mcm ni punya rupa..nk lawan kia atau hyundai pn semput.. BILA LAH PROTON NK BUAT DESIGN GEMPAK.. DH LAMA SANGAT TIDUR.. BANGUH LAH HARI DAH SENJA..


  • Sebenarnya perekabentuk mempunyai kebolehan untuk merekabentuk sesuatu yang menjangkau masa ke hadapan.Mereka mempunyai idea-idea futuristik yang belum boleh dihadam oleh pelanggan/customer. Ada juga idea-idea yg belum boleh direalisasikan disebabkan teknologi yg terhad dan kos yang terlalu tinggi. Kebiasaannya idea-idea ni dipilih dan dikurangkan mengikut kesesuaian teknologi,praktikal dan kos.


  • Rim bersaiz 17″ nampak kecil, Kereta dengan saiz besar dan gagah D-segment sangat sesuai dipadankan dengan rim-rim bersaiz 21″ dengan tayar 30 siri… Tidak dinafikan warna 2 tona Perdana 2.4 jauh lebih menyerlah barbanding gambar diatas..


  • Punyalah lama tunggu..imaginekn rupa y superb..tp bila tengok hasil ny mcm ni..terfikr lak..boleh jual ke perdana baru ni..rekabentuk y biasa2..dah alang2 salin kulit..bagilah rekabentuk y nampak .’wow..eccord baru pn kalah..’ tapi rupa mcm ni..hurmm.. sekarang kerata patern berpetak..nampak jelas garisan petak..
    Proton tido lg kah..mimpi lg kah…bangunlah..
    Orang2 lama dan selera lama kat proton tu..berehat lah..bagi org muda y teraju..selera muda segar terkini..
    Sudah tiba masanya org2 muda bertenaga teraju proton ke deminsi baru.. dh lama sangat awk tu di bawah..jenguk2 lah ke atas pulak. ‘BUKA DEMENSI BARU JIWA BARU SEMANGAT BARU MARUAH YANG BARU’


  • ‘perang saraf’ atau preemptive attack dr anti Proton.

    diasak minda pembaca supaya terima apa yg proton design tak lawa..tak boleh hadam bla2.wpun sbrnya ckup lawa.

    kalau Nissan almari yg weird tu xde pulak tujah kutukan..so nampak sgtlah pembenci2 Proton beri komen. tak ikhlas dn penuh kebencian. sama je mcm di blog PaulSetan

Leave a Reply