Jika semalam kita dapat melihat papan pemuka Proton Ertiga, hari ini kita bertuah sebab dapat melihat Ertiga berada di sebelah Persona baharu. Kedua-duanya berada dalam segmen sama iaitu segmen-B, walaupun berbeza bentuk badan. Daripada pandangan mata kasar, Proton Ertiga mempunyai saiz lebih kecil berbanding Persona baharu.
Kami membuat sedikit pencarian maklumat dan memang terbukti Ertiga lebih kecil tetapi mempunyai jarak roda yang lebih panjang dan lebih tinggi daripada Persona. Ertiga berukuran 4,265mm panjang, 1,695mm lebar, 1,685mm tinggi dan jarak rodanya pula 2,740mm. Persona baharu pula berukuran 4,387mm panjang, 1,722mm lebar, 1,554mm tinggi dan jarak rodanya hanya 2,555mm.
Maka tidak hairanlah MPV kompak ini nampak kecil dari luar tetapi selesa bila berada di dalam. Teruskan bersama kami untuk mengikuti perkembangan mutakhir model keempat Proton tahun 2016 dan esok merupakan hari pelancaran rasminya. Nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
1.4
2018 nanti mungkin sudah ada FL 1.3L t-gdi
Saya rasa tahun 2020 pun belum tentu..
Main rasa² pulak. Perdana 2014 major FL 2016. Kemudian sudah dimaklumkan ada major FL lagi pada 2018. Kereta pasaran skala kecil tapi major FL setiap dua tahun.
Kereta kejuruteraan rebadge memang selalu FL.. Tak hairan Dan biasa berlaku sebagaimana kesemua model perodua. Setiap Kali FL akan berlaku penambahbaikan kualiti
tgdi tak mungkin, gdi kemungkinan… kereta murah xkan masuk enjin gdi , pastu nak isi minyak kuning bab komplen hijau mahal .
Ianya lebih kepada melengkapkan Varian yang belum ada. Varian standard menggunakan 1.3L GDI (underpowered) harga bajet. Varian premium menggunakan 1.3L t-gdi (overpowered) harga premium. Varian executive mungkin kekal 1.4L vvt eev