ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Lagi foto Proton Ertiga bocor, kali ini dengan foto ruang dalaman

Views

Tinggal dua hari sahaja lagi pelancaran rasmi MPV kompak Proton Ertiga, tiga lagi foto terbaharu bocor dan kali ini anda akan dapat melihat ruang dalaman termasuk papan pemuka. Tiada apa yang berbeza dengan model pendermanya Suzuki Ertiga, cuma yang paling ketara adalah lencana Proton pada stereng. Kali ini bukan yang diukir tanpa mengikut warna plastik stereng seperti pada model Perdana, ia nampak lebih kemas sedikit namun masih menggunakan logo Proton yang lama. Nantikan pelancaran Proton Ertiga pada hari Khamis ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

ertiga-bocor-baru-1 ertiga-bocor-baru-2 ertiga-bocor-baru-3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Setelah menonton, melihat, Dan meneliti modifikasi ertiga di seluruh Dunia melalui site modifikasi, Ertiga sememangnya ada potensi Tinggi dalam modifikasi


  • Yang paling penting baris ketiga dapat merasai kesejukan air con dibandingkan dengan Alza di mana baris ketiga merasa panas ketika cuaca panas.


  • Saya puas tengok ertiga di proton tanjung malim ni… Dah dua hari disini… Sbb ada keje… Mmg menarik sungguh!! Kerusi baris kedua boleh kedepan dan belakang… Exora n alza pon tak boleh depan belakang.. Balutan kerusi nmpk mewah… Cuma player bukan double din / touch screen punya.. Player biasa tapi menarik… Kena pada harga… Bye bye alza….

Leave a Reply