ARKIB

KATEGORI

Tular

Gara-gara bergaduh dengan bini, pemandu Honda Civic ketam ‘naik hantu’ rempuh orang awam

Tular

Views

Seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic berwarna hitam bertindak merempuh orang awam ketika ingin melarikan diri selepas terbabit dalam pertelingkahan bersama isterinya.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku di sekitar Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, di Rawang, petang kelmarin. Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 18 saat itu di laman sosial semalam.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Katanya, menerusi klip video itu pemandu terbabit dilihat merempuh sebuah motosikal Yamaha Ego dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang. Kejadian berlaku semasa suspek hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran diantara mereka.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Mangsa (penunggang motosikal) yang pada masa itu berada di tempat kejadian telah cuba menghalang suspek namun dirempuh sehingga mengalami kecederaan pada siku dan kaki.

Jelas beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Agilan Iswaran di talian 019-5230801 atau bilik gerakan IPD gombak di talian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply