ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maleeq Dragster muncul anak Malaysia pertama juarai Run Bike Series Jepun

Berita Global

Views

Pelumba cilik, Maleeq Dragster mencipta sejarah apabila menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi kejuaraan Run Bike Series (RSC) Jepun musim ke-12 baru-baru ini.

Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri berjaya menewaskan pelumba-pelumba dari negara lain antaranya China, Jepun, Thailand dan banyak lagi pada kejohanan yang berlangsung di Tokyo Summerland itu.

Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd. Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan pelumba berusia empat tahun itu hasil latihan serta keringat tanpa hentinya dan menjadi kebanggaan buat negara.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah. Kejayaan maleeq mencipta sejarah pelumba pertama malaysia menjuarai RCS di Jepun sesuatu yang sukar untuk dluahkan. Kami semua menangis kegembiraan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

“Kejayaan ini membawa kegembiraan dan kepuasaan seorang ayah melihat kejayaan anaknya berlumba dan seterusnya mengharumkan nama negara. Maleeq membuktikan dia tidak putus asa dan berusaha menjadi yang terbaik di Jepun,” katanya.

Maleeq yang sebelum ini muncul naib juara Siri Kejuaraan RCS Japan musikm ke-11, turut berjaya merangkul Anugerah Top 6 dalam kejohanan sama bagi kategori kanak-kanak berusia empat tahun.

Kedudukan tempat kedua bagi kejohanan itu diraih pelumba dari China, Kang Minghao, manakala wakil tuan rumah, Towa merangkul tempat ketiga.

Dalam pada itu, Wan Mohd. Muzri menjelaskan, Maleeq menjalani latihan intensif di Pusat Latihan M8 empat kali semingu dan sentiasa memastikan stamina kekal di paras terbaik dengan pelbagai aktiviti di rumah.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

“Sebagai ibu bapa, kami merancang latihan dan strategi terbaik untuk persiapan terbaik anak-anak. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan.

“Membawa nama Malaysia dan M8 Malaysia ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab besar. Untuk berada sebagai pelumba Malaysia pertama menjuarai RSC di Jepun memerlukan semangat yang kuat dalam diri,” jelasnya.

Musim 2022 merupakan tahun gemilang Maleeq apabila menjadi juara pelbagai kejohanan seperti Grand Prix Pushbike 2022, Kejuaraan KPBY 2022, Kejuaraan Garuda 2022, Race with Loversary (IBCC) 2022 dan Independent Race (IBCC) 2022.

Malah, Maleeq turut menakluk gelanggang di Thailand dengan menjuarai Racing Central Bangna, Bangkok sebelum menguasai perlumbaan Centre Bike Cup di Vietnam tahun lepas.

Menariknya, Maleeq juga berjaya mengekalkan kejuaraan di Rockfish Thailand dan Siri Pushbike Antarabangsa M8 International Pushbike 2023. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bike8 Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply