ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal perkenal kereta terbang pada 2019, ubah terjemahan nama syarikat kepada “Bao Teng” untuk pasaran China

Views

Semalam kecoh di laman-laman sosial berikutan isu pertukaran nama Proton kepada nama Mandarin “Bao Teng” yang dicadangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong. Sebenarnya isu itu tidak perlu ditimbulkan sehingga menjadi modal politik kerana sudah sekian lama Proton mempunyai nama dengan terjemahan Mandarin iaitu “Pu Teng” di Malaysia.

Menurutnya, orang di negara China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng”. “Bao” membawa maksud khazanah atau harta benda manakala “Pu” membawa maksud biasa. Ini sekaligus menolak kemungkinan yang nama Proton akan ditukar kepada nama China setelah DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Intipati yang penting dalam ucapan beliau pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7 adalah pengenalan kereta pemanduan autonomi, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019. Proton juga bakal memperkenalkan model SUV pertama yang berkongsi pelantar dengan Boyue, selain bakal menaik taraf dan menaik taraf lapan (8) model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saingnya.

Li yang mengetuai Proton mulai 1 Oktober lalu, juga menggariskan empat tuntutan melalui surat terbuka kepada semua kakitangannya. Antara empat tuntutan tersebut adalah :

  1. Saling menghormati, bertolak ansur dan integrasi demi mengejar kecemerlangan perniagaan.
  2. Profesionalisma dan kejujuran.
  3. Ketelusan pengurusan.
  4. Mematuhi peraturan.

Beliau juga berjanji akan memperbaiki kualiti masakan kantin dalam tempoh dua bulan dan kini kualiti makanan di kantin Proton semakin bertambah baik dan mengalu-alukan orang ramai untuk menilainya sendiri. Matlamat Proton yang seterusnya ialah meningkatkan perkhidmatannya kerana Indeks Kepuasan Jualan (SSI) dan Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) syarikat amat mendukacitakan, yang terburuk di seluruh negara.

Pada masa akan datang pengedar yang tidak boleh membaiki kereta tidak lagi dibenarkan untuk menjual kereta Proton. Hanya mereka yang mempunyai pusat sehenti 3S atau 4S sahaja diber kebenaran untuk menjual kereta Proton. Selain itu Proton juga antara pengeluar kenderaan yang memberi komisen tertinggi di negara ini, iaitu 1 peratus hingga 1.3 peratus komisen jualan kereta bagi 3 tahun pertama. Buat masa ini hanya dua (2) syarikat mempunyai dasar sedemikian di Malaysia, tetapi kemampuan mereka tidak setanding Proton.

Sumber : Free Malaysia Today

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply