ARKIB

KATEGORI

Buletin

GAYA HIDUP : adidas Predator 18 dilancarkan!

Views

Selepas 12 tahun, but ikonik adidas iaitu Predator membuat penampilan semula menerusi adidas Predator 18 yang telah dilancarkan secara rasminya semalam. Predator mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan selama 21 tahun ianya telah direka dengan 18 model yang berbeza dan telah menjadi pilihan legenda-legenda bola sepak dunia seperti David Beckham, Zinedine Zidane, Steven Gerrard dan ramai lagi.

Sempena dengan pelancaran pek “Skystalker”, Predator 18 yang baru telah dilancarkan oleh pemain tempatan iaitu Izham Tarmizi, Afiq Fazail, serta Badhri Radzi (Piya). Turut hadir adalah pemain bola sepak tajaan adidas seperti Khairul Helmi, Nurridzuan Abu Hassan serta duta adidas seperti Roen Cian, Raf Yaakob dan juga pemenang peraduan Football Republic.

adidas Malaysia juga telah bekerjasama dengan Football Republic yang dilantik sebagai pengedar rasmi untuk produk bola sepak premium keluarannya. Predator 18+ didatangkan dengan warna hitam, merah dan emas termasuk Primeknit SOCKFIT COLLAR yang dikemaskini, direka bentuk secara semulajadi untuk menampung serta memastikan sokongan terhadap bentuk kaki.

Sistem PURECUT LACELESS pula memastikan kawalan permukaan maksimum sementara FORGED KNIT memberikan sokongan kepada struktur pertengahan kaki dalam membuat kestabilan untuk menyokong pergerakan yang kompleks. Kemunculan kali kedua Predator menyaksikan pemain seperti Paul Pogba, Dele Alli, Ivan Rakitic dan Mesut Ozil akan menggunakan but ini di atas padang. Ia boleh didapati di semua kedai-kedai adidas dan Football Republic di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply