ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi terhad Volkswagen Beetle bakal dijual menerusi Lazada

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan kerjasama Lazada Malaysia akan menjual 12 unit Beetle edisi terhad bersempena dengan Lazada’s Online Revolution Campaign yang akan bermula pada 12 hingga 14 Disember nanti. Ini merupakan kali pertama pengeluar kereta dan syarikan e-dagang berganding bahu untuk menjual kereta secara atas talian.

Model edisi terhad Beetle ini akan dijual pada harga RM112,112*, 18 peratus lebih murah berbanding harga runcit yang disyorkan. Tawaran ini hanya sah di Semenanjung Malaysia. Edisi terhad Beetles 12.12 ini didatangkan dengan dua pilihan rekaan yang bertemakan “Herbie 53” dengan pilihan warna putih (Pure White) dan putih perak (White Silver) dan “Hot Bug” berwarna merah (Tornado Red).

Model ini didatangkan dengan stereng pelbagai fungsi dibalut kulit, paparan skrin sentuh ‘Composition Colour’ bersaiz 5.8 inci dengan USB, Bluetooth dan lapan pembesar suara dan kemasan sarung tempat duduk menggunakan fabrik ‘Pepita’. Beetle edisi terhad ini dijanakan oleh enjin 1.2 liter berpengecas turbo TSI dengan output sebanyak 105PS yang dipadankan bersama transmisi tujuh-kelajuan DSG yang  memberikan daya kilas maksimum 175Nm.

Untuk maklumat lanjut mengenai model ini, layari www.volkswagen.com.my

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply