ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFOVIDEO : Mengapa kita perlu menggunakan alat ganti tulen

Views

Video ini sangat menarik untuk ditonton oleh semua. Selama ini kita hanya melihat ujian kemalangan yang menguji tahap keselamatan sesebuah kenderaan, tapi video ini pula memaparkan ujian kemalangan bebas yang membuat perbandingan alat ganti tulen atau bukan tulen Volkswagen Golf. Ujian ini dilakukan oleh unit Kejuruteraan Keselamatan Continental pada bukan Mei 2016 untuk membuktikan betapa pentingnya untuk pemilik Golf untuk menggunakan alat ganti tulen.

Dua unit Volkswagen Golf digunakan dalam ujian ini, yang berwarna biru dipasang dengan alat ganti tulen, manakala yang berwarna perak pula dipasang dengan alat ganti bukan tulen pada beberapa bahagian tertentu. Ujian dibuat pada kelajuan 15 km/j dan sepatutnya pada kelajuan tersebut beg udara tidak akan mengembung tetapi Golf yang dipasang dengan alat ganti bukan tulen mengalami kerosakan yang lebih teruk dan beg udaranya juga mengembung.

Kos untuk membaiki Golf yang dipasang dengan alat ganti bukan tulen dianggarkan tiga kali ganda berbanding dengan yang dipasang dengan alat ganti tulen. Kalau anda tidak percaya, jom tonton video ini sampai habis. Alat ganti tulen memang lebih mahal, tetapi ia menepati piawaian dan telah melalui ujian serta diberi jaminan oleh pengeluar kenderaan.

Pesan kami, gunakanlah alat ganti tulen!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply