ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi ketiga KIA Picanto akan tiba tak lama lagi – Apa yang menarik mengenainya?

Views

Seperti kami war-warkan dalam artikel sebelum ini, Naza Kia Malaysia akan melancarkan model kompak segmen-A bukan nasional yang paling dinanti-nantikan, generasi ketiga KIA Picanto pada 10 Januari ini. Ia bakal menampilkan rekabentuk baharu yang futuristik, peningkatan dari segi keselamatan dan prestasi yang lebih baik dengan ciri-ciri yang lebih canggih.

Apa yang menarik tentang model ini?

  • Kia Picanto direka dengan begitu teliti dengan penggunaan Keluli Kekuatan Tinggi Termaju (AHSS) lebih dua kali ganda berbanding model sebelumnya.
  • Dilengkapi dengan enam beg udara (hadapan, sisi dan tirai).
  • Paparan skrin sentuh ‘terapung’ besar bersaiz 7-inci di tengah papan pemuka yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar, serasi bersama aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto dengan ciri pengecaman suara.
  • Kerusi barisan belakang boleh dilipat (60:40) sekaligus ia boleh menjadikan ruang kargo mampu memuatkan sehingga 1,010 liter.

Untuk melihat ciri-ciri yang lain ketik pautan di bawah:

BACA >> KIA Picanto 2018 akan dilancarkan pada 10 Januari 2018

Kia Picanto akan berada di bilik pameran KIA yang terpilih di Semenanjung Malaysia bermula 10 Januari 2018 dan untuk mereka di Malaysia Timur, model ini akan tiba di sana pada awal bulan Februari 2018. Kepada mereka yang ingin melihat barisan model terbaharu dari KIA, kunjungi Siri Jelajah KIA bermula dari 10-14 Januari ini bertempat di Highstreet, One Utama.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply