ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu Indonesia umum harga Terios 2018 – Dari RM58K – RM75K

Views
All New Terios is My DNA

Daihatsu Indonesia akhirnya mengumukan senarai harga rasmi model SUV kompak tujuh tempat duduk terbaharu mereka Terios 2018. Model ini telah dilancarkan pada penghujung November lalu dan mempunyai kembar, iaitu Toyota Rush 2018 dan kedua-dua model ini berkongsi peralatan yang sama, berbeza hanya pada kemasan dan stereng. Enjinnya turut berkongsi unit 1.5 liter Dwi VVT-i berkuasa 105 hp dan 140 Nm yang digandingkan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Jangkaan untuk melihat kenaikan harga bagi model baharu ini ternyata meleset kerana boleh dikatakan harga kebanyakan varian mengalami penurunan. Dengan pengumuman harga ini, kita sudah boleh membuat congakan awal harga SUV baharu Perodua yang dijangka diperkenalkan pada tahun ini atau awal 2019 nanti. Kami jangka harga SUV Perodua (D38L) akan berada sekitar RM60K – RM72K seunit mengikut varian.

BACA >> Daihatsu perkenal kembar Toyota Rush 2018, Terios serba baharu

Bagi kami julat harga tersebut agak relevan kerana ia sudah pastinya bakal menggugat penguasan Honda BR-V dan mungkin juga Mitsubishi Xpander yang dijangka masuk ke pasaran pada tahun ini. Berikut adalah senarai harga penuh dan varian Daihatsu Terios 2018 di Indonesia.

Harga Daihatsu Terios 2018:

Daihatsu Terios X-Standard M/T : Rp 195.200.000 (RM58,106)
Daihatsu Terios X-Deluxe M/T : Rp 205.500.000 (RM61,175)
Daihatsu Terios X-Deluxe A/T : Rp 216.350.000 (RM64,405)
Daihatsu Terios R-Standard M/T : Rp 227.900.000 (RM67,844)
Daihatsu Terios R-Standard A/T : Rp 242.000.000 (RM72,041)
Daihatsu Terios R-Deluxe M/T : Rp 238.100.000 (RM70,880)
Daihatsu Terios R-Deluxe A/T : Rp 252.000.000 (RM75,018)

SPESIFIKASI DAIHATSU TERIOS 2018

Enjin
Jenis Enjin2NR-VE, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, DOHC,
Dwi VVT-i
Kapasiti1.496 cc
Kuasa Maksimum104 PS / 6.000 rpm
Tork Maksimum13.9 Kgm / 4.200 rpm
Nisbah Mampatan10.7:1
Sistem Bahan BakarSuntikan Bahan Api Elektronik
Transmisi5-Kelajuan Manual / 4-Kelajuan Automatic

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply