ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi ketujuh BMW 5 Series dilancarkan

Views

Semalam BMW Group Malaysia telah memperkenalkan generasi ketujuh BMW 5 Series serba baharu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, sejak diperkenalkan pada tahun 1972, sedan BMW 5 Series telah mencipta satu legasi dalam segmen automotif premium. Ia menawarkan prestasi tiada tandingan, elegan, serta menggabungkan kejuruteraan termaju dengan inovasi yang sofistikated. BMW 5 Series serba baharu juga telah memenangi anugerah rekabentuk di iF Gold Award 2017 dan menjadi salah satu finalis untuk anugerah World Luxury Car of the Year Award 2017.

Apa yang menarik tentang model ini?

Rekabentuk

  • Buat pertama kalinya, gril kidney dan lampu utama digabungkan bersama.
  • Lampu utama BMW Adaptive LED sepenuhnya dan lampu nyalaan siang LED telah dipertingkatkan menawarkan jarak pancaran cahaya sehingga 500 meter.
  • Rekaan garis bumbung yang rendah di bahagian belakang sedan ini menyerlahkan penampilan siluet seperti sebuah coupe.
  • Aplikasi konsep rekaan BMW EfficientLightweight dengan penggunaan bahan aluminium dan besi berkekuatan tinggi berjaya mengurangkan berat sehingga 100kg berbanding model sebelumnya.
  • Aerodinamik dan elemen untuk mengoptimumkan laluan angin telah dipertingkatkan
  • Pakej M Sport, BMW 530i M Sport dilengkapi rim aloi ringan bersaiz 19 inci dengan rekaan dua jejari, brek M Sport dan angkup yang dicat berwarna biru dengan huruf ‘M’ selain komponen-komponen M Aerodynamics yang didatangkan dengan warna badan, penutup sil sisi, apron hadapan dan belakang.

Penjana kuasa

  • Dilengkapi keluarga enjin modular BMW EfficientDynamics yang menampilkan teknologi BMW TwinPower Turbo yang hadir bersama pengecas turbo Twin Scroll, sistem Pancitan Terus Berketepatan Tinggi, sistem kawalan injap boleh ubah sepenuhnya VALVETRONIC dan pemasaan aci engkol boleh ubah Double-VANOS.
  • Enjin petrol 4 silinder sebaris generasi terkini bersesaran 2.0 liter dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan Steptronic Sport.
  • Kuasa maksimum 252hp, tork sehingga 350Nm dan pecutan dari 0 – 100km/j dalam masa cuma 6.2 saat bersama kelajuan maksimum 250km/j.
  • Purata penggunaan bahan api BMW 530i M Sport serba baharu ialah 5.8 liter bagi setiap 100km dengan emisi C02 sekitar 132 gram bagi setiap satu kilometer.
  • Sistem Driving Experience Control kini mempunyai empat mod, ADAPTIVE, COMFORT, SPORT dan ECO PRO.

Ciri ciri lain

  • Dilengkapi sistem iDrive generasi terkini, ia memaparkan ciri navigasi, hiburan dan fungsi kenderaan menerusi skrin sentuh beresolusi tinggi bersaiz 10.25 inci yang boleh dioperasi melalui arahan suara, gestur atau menyentuh paparan secara langsung.
  • Tahap keselesaan di dalam kabin dipertingkatkan lagi menerusi sistem pendingin hawa automatik dengan empat zon kawalan.
  • Active Cruise Control dengan fungsi Stop&Go mampu mengubah suai kelajuan berdasarkan kepada situasi trafik menggunakan radar dan data kamera serta boleh beroperasi pada kelajuan sehingga 210km/j berupaya memperlahan dan memberhentikan kenderaan apabila jalan raya mulai sesak.
  • Speed Limit Info dengan Intelligent Speed Limit Assist pula berperanan mengesan had kelajuan dan menghantar maklumat ke dalam fungsi Active Cruise Control dengan Stop&Go.
  • Selain Lane Departure Warning dan Lane Change Warning, BMW 5 Series juga dilengkapi fungsi Approach Control Warning & Person Warning dengan City Brake.
  • Sistem Crossing-Traffic Warning Rear memberi bantuan kepada pemandu apabila hendak mengundur keluar dari ruang parkir.
  • Fungsi Rear Collision mengesan kemungkinan bahaya pelanggaran menerusi alat pengesan di bahagian belakang dan memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain melalui lampu kecemasan.
  • Sistem bantuan mobiliti BMW Connected pintar yang menyokong pergerakan individu dari dalam dan luar kenderaan.
  • Ciri BMW Display Key dengan paparan LCD berwarna dan panel kawalan sentuh pula menunjukkan pelbagai maklumat tentang status kenderaan.
  • Ciri-ciri lain pada BMW ConnectedDrive termasuklah Intelligent Emergency Call, BMW Teleservices, Concierge Services dan Remote Services.

BMW 5 Series serba baharu didatangkan dalam warna hitam (Black Sapphire), kelabu (Sophisto Grey Brilliant Effect), putih (Alpine White) dan biru (Mediterranean Blue). Warna luaran itu dipadankan dengan upholsteri dalaman berwarna hitam (Leather Dakota Black) yang dikontras bersama jahitan biru atau Kulit Dakota Cognac bersama jahitan berwarna kontras (hanya untuk warna putih, kelabu dan hitam).

BMW 530i M Sport juga akan dipamerkan di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur dari 31 Mac 2017 hingga 2 April 2017 dimana pengunjung boleh mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif dan berpeluang untuk memenangi pengalaman eksklusif bersama BMW. Harga runcit (di atas jalan, tidak termasuk insurans, bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama lima tahun terbaru daripada BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) untuk BMW 5 Series serba baharu ialah: BMW 530i M Sport serba baharu – RM 398,800.00

KLIK UNTUK BESARKAN

BMW 01 BMW 02

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply