Hari ini lengkap empat foto usikan yang telah dimuatnaik ke laman Facebook rasmi MODENAS dan akhirnya sah model baharu yang bakal dilancarkan pada 6 April ini, jam 3.00 petang adalah KRISS MR2 110cc. Pada awalnya kami menjangkakan moped 150cc bakal membuat kemunculan, namun jangkaan tersebut meleset kerana dikatakan model tersebut tidak akan dikeluarkan buat masa ini.
Dikatakan KRISS MR2 mempunyai rekabentuk persis Yamaha Lagenda dan harga yang bakal ditawarkan adalah sekitar RM3,000 hingga RM3,5000. Spesifikasi dan bentuk keseluruhan model ini hanya akan diketahui pada pelancarannya minggu hadapan. Melalui empat foto usikan ini kami yakin KRISS MR2 mampu membuat peminat motosikal teruja untuk menantikan kemunculannya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Rm3k tunai untuk kriss 110 mr2.. Harga yang sangat berpatutan.. Jika modenas moped 150 diperkenalkan mungkin harganya lingkungan rm6k.