ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat jualan trak UD kini di Kuantan

Views

Tan Chong Industrial Equipment (TCIE), pengedar tunggal trak UD di Malaysia telah melantik Edaran Setia Auto Sdn Bhd sebagai pusat jualan di Kuantan. Dengan pengalaman selama 25 tahun dalam industri kenderaan komersil, Edaran Setia Auto menyasarkan untuk memberi pekhidmatan jualan di Pantai Timur khususnya untuk industri pembinaan, perlombongan, perdagangan dan pengangkutan.

Pusat jualan berkeluasan satu ekar yang baharu sahaja dibina itu terletak di Jalan Haji Ahmad, menempatkan ruang pameran dan pejabat pentadbiran. Selain itu, Edaran Setia Auto juga menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan insurans, permohonan permit, pemeriksaan kenderaan, penyelenggaraan, pembaikan dan cat, serta alat ganti.

Trak Quester 8L serba baharu dengan ciri ciri yang dipertingkat di bahagian kabin, senibina elektronik dan penjimatan bahan api turut dipamerkan. Dilancarkan pada bulan Mei tahun lalu, trak ini mendapat sambutan hangat dan Quester 8L ditawarkan dalam varian 4×2, 6×2, 6×4 melengkapi model Quester 11L sedia ada yang ditawarkan dalam versi 4×2, 6×2, 6×4 dan 8×4. Kedua dua model ini dipasang di kilang Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd yang terletak di Kuala Lumpur.

Pelanggan juga bakal menikmati pakej jualan yang menawarkan penyelenggaraan percuma selama setahun dengan setiap pembelian unit UD Quester serta waranti selama dua tahun. TCIE mempunyai sebanyak 42 pusat servis di seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak. Sebagai tambahan, TCIE turut menawarkan promosi tempahan khas untuk kesemua model UD Quester yang ditempah dalam masa dua minggu pembukaan rasmi Edaran Setia Auto. Untuk maklumat lanjut mengenai TCIE dan trak UD sila hubungi 03-61899832.

KLIK UNTUK BESARKAN

UDT001 UDT002 UDT003

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply