ARKIB

KATEGORI

Buletin

Go Auto lancar minyak pelincir dan kelab pemilik Haval

Views

Go Auto, pengedar eksklusif kenderaan Haval di Malaysia maju setapak lagi dengan memperkenalkan minyak pelincir Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN yang dirumus khas dengan teknologi hijau mencapai perbatuan sejauh 15,000km. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Go Auto, Wan Ahmad Wan Omar bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Go Auto, Ahmad Azam Dato’ Sulaiman. Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mahamad Rashid Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato’ SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil.

Minyak pelincir Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN ini juga sesuai bagi semua jenis kenderaan petrol di mana ianya dirumuskan khas menggunakan formula dan teknologi Repsol yang menawarkan had perbatuan lebih tinggi. Ia juga mampu mengurangkan geseran yang membuatkan enjin lebih senyap, memberikan lebih perlindungan terhadap enjin dan menawarkan prestasi berkuasa serta menjimatkan pengunaan petrol.

Minyak pelincir Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN sudahpun berada di semua pusat servis Haval Malaysia dan dijual pada harga runcit RM 258.00 sebotol. Go Auto turut membuka peluang kepada semua pengedar yang berminat untuk memasarkan jenama ini dengan menghubungi talian 018- 4649 210. Pada majlis yang sama, Go Auto turut melancarkan kelab pemilik kenderaan Haval di Malaysia iaitu Haval Club bagi meraikan semua pemilik-pemilik jenama itu.

Untuk tahun ini beberapa aktiviti untuk ahli kelab telah diatur, antaranya Treasure Hunt, Food for Homeless dan beberapa aktiviti lain yang akan di umumkan kelak. Minggu lalu, Go Auto mengadakan program skil pemanduan teknikal di antara Haval Club dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC), di Ayer Keroh, Melaka. Program skil pemanduan teknikal bersama JPJ itu adalah salah satu program bersama Haval Club dan juga antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) Go Auto.

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 1(1) Photo 2 Photo 3(1) Photo 4(1) Photo 5(1) Photo 6(1)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply