ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City facelift catat 2K tempahan dalam masa 10 hari

Views

Honda Malaysia telah berjaya melepasi sasaran tempahan sebulan sebanyak 2,000 unit City facelift hanya dalam masa 10 hari selepas pelancarannya pada 2 Mac 2017. City facelift merupakan model kedua Honda Malaysia pada tahun ini selepas BR-V dan ini sekaligus meneruskan momentum jualan yang mensasarkan sebanyak 100,000 unit untuk tahun ini.

Dengan menawarkan ciri segmen-C pada harga segmen-B, City facelift ditawarkan dalam tiga pilihan varian, E, V dan S. Varian V mencatat tempahan tertinggi sebanyak 44 peratus diikuti oleh varian E dengan 38 peratus. Vaian S pula mencatatkan tempahan sebanyak 18 berbanding hanya 5 peratus dari model sebelumnya. Warna Lunar Silver Metallic pula menjadi pilihan paling ramai pelanggan setakat ini.

Honda Malaysia memberi jaminan akan berusaha keras untuk menghantar City kepada pemilik baharunya dan stok adalah mencukupi semasa tempahan dibuat. City tampil dengan rekaan yang lebih segar dengan varian V dilengkapi dengan lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang LED (DRL), lampu kabus LED, lampu belakang LED dan spoiler Ducktail dengan lampu brek LED serta rim aloi dua-tona bersaiz 16 inci.

01 New City in Lunar Silver Metallic

City turut mendapat pengiktirafan 5-bintang ASEAN NCAP untuk Perlindungan Penumpang Dewasa dan 4-bintang untuk Perlindungan Penumpang Kanak kanak. Selain itu ia turut dilengkapi dengan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) sebagai ciri standard untuk semua varian dan bagi varian V ia turut dilengkapi dengan enam beg udara.

Honda Malaysia kini sedang menjalankan kempen “Best Time to Get Best Protection” yang menawarkan filem penapis haba berjenama Ecotint RayBarrier Splendour bernilai RM850 untuk pelanggan baharu dan sedia ada bermula dari sekarang sehingga 29 Mac 2017. Semua pelanggan Honda boleh berjimat sehingga 61 peratus dengan waranti selama 5 tahun, diskaun RM1,350 dari harga jualan asal RM2,200. Selain itu, peraduan “The Digital Treasure Hunt Wall Contest” yang terbuka kepada seluruh warga yang menawarkan hadiah hebat bermula dari 16 Mac 2017 sehingga 22 Mac 2017. Hanya perlu mengujungi 88 pengedar sah Honda di seluruh negara untuk berswafoto dan menyelesaikan jigsaw puzzle untuk menjawab soalan di laman Facebook Honda Malaysia dan poskan di dinding Facebook yang sama.

Promosi 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) atau Best Deals Promotion di mana pelanggan Honda bakal menikmati dua tahun servis percuma (alat ganti dan upah) atau pilihan rebat tunai juga berlangsung bermula dari 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017. Untuk maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Honda atau hubungi talian bebas tol Honda 
1-800-88-2020, atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

02 New City Lunar Silver Metallic 04 Newly launched New City_RGB 03 Newly launched New City_CMYK 01 New City in Lunar Silver Metallic

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


    • Mmm… hehe. Pilihan masing2. Preve C segment. Honda City facelift nie B segment. Kalau rasa nk merasa kereta B segment pada harga kereta C segment. angkut jer City nie. Tapi kalau rasa kesabaran tu tinggi dan nk rasa kereta C segment pada harga B segment, pilih la Preve facelift tu nanti. The choice is urs!;)

      Cheers!


      • Honda City tu bukan harga je pada C segmen. Features lagi baik dari Preve semasa (B segmen, features pada C segmen). Enjin mungkin kalah sikit je i-Vtec 1.5 N/A 120ps, CamPro 1.6 CFE/Turbo 138 hp. Tp yang lain2 mungkin setara malah melebihi daripada Preve (8 speaker, smart entry push start, DRL, ruang boot, reverse camera). Come on Proton! Preve 2012 belum ada facelift, City 2014 dah ada facelift!


        • Honda City 1.5 V:
          max power: 88kW = 118 hp
          kerb weight: 1112 kg = 1.112 tonne
          power/weight ratio: 106.11 hp/tonne

          Proton Preve 1.6 Premium CVT:
          max power: 103kW = 138 hp
          kerb weight: 1366 kg = 1.366 tonne
          power/weight ratio: 101.02 hp/tonne

          Even with lower output, Honda City has better power to weight ratio compared to Preve. Enough said.


          • Bagaimana dgn torque? Torque lebih penting untuk gerakan dari pegun. Kira jika bawa muatan dan barang berjumlah 200kg (2 org dewasa, 1 org budak dan sedikit barang)

            Honda City 1.5 V:
            145/1.312 = 110.52Nm/tonne

            Proton Preve 1.6 Premium CVT:
            205/1.566 = 130.91Nm/tonne

            Too much difference in torque. Hp lebih kepada utk top speed je, yg lebih penting torque. Jauh beza tu. Huhu


          • Torque berguna untuk beberapa saat je dari pegun. Yang paling banyak guna untuk perjalanan jauh hp..


          • Tak payah nak defend sgt hp tu, tengok saja kereta2 baru yg tak sampai kat sini pun pakai enjin turbo yg tumpu kat torque, bkn hp.

            Contoh Toyota CHR 1.2l turbo – 116 PS and 185 Nm of torque. Tinggi ke hp tu? Huhu


          • So a technical answer to the question of, “What makes acceleration: torque or horsepower?”, is torque—but torque at the wheels, not at the engine. And since we’re talking about torque at the wheels and not at the engine, the best answer is horsepower, because horsepower encompasses not only the engine’s torque but the total torque that gets delivered to the wheels and therefore provides the f in f = ma.

            source: https://danielmiessler.com/study/horsepower/#gs.AY_gO2E


          • Mmm… dua2 penting kot:) power/weight ratio preve x jauh beza pun dgn city. berbanding beza torque yg beza besar drp city, sesuai dgn segment C berbanding B segment city. Tak gitu?:P

            Cheers!


    • Lambat lagi preve facelift… Dok berkira nak beli kereta gak… Preve kalau enjin tgdi ok la nak hangkot 1… Kalau enjin sekarang tawar hati kot…


    • preve facelift tak tahu bila keluarnya..kalau rasa tak urgent, boleh tunggu.

      Cuma kena tengok juga…tup2 keluar facelift, tapi masih pakai enjin/cvt yg sama..tak berbaloi menunggu.

Leave a Reply