ARKIB

KATEGORI

Buletin

GO Automobile Manufacturing dan Mara Liner metrai kerjasama strategik dalam pembangunan teknologi dan penggunaan bas elektrik di Malaysia

Views

GO Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GO Automobile) bersama Mara Liner Sdn Bhd (MLSB) dan Higer Bus Company Limited menjalinkan kerjasama strategik bagi menjalankan pembangunan, pembuatan serta kejuruteraan bagi penghasilan bas elektrik untuk pasaran tempatan. Menerusi kerjasama itu, MLSB juga dilantik sebagai wakil sah jualan selain menyediakan perkhidmatan selepas jualan bagi semua produk Go Auto termasuklah bas elektrik.

Pengarah Eksekutif GO Auto, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pihaknya turut menyerah seunit bas elektrik kepada MLSB bagi tujuan latihan dan penyelidikan. Kerjasama ini dianggarkan menelan kos pelaburan lebih daripada RM30 juta selain bakal melonjakkan lagi GO Automobile dan MLSB dalam industri pengangkutan negara lebih berdaya saing dalam teknologi kenderaan elektrik (EV).

Pada April lalu, Go Automobile & MLSB menandatangai majlis perjanjian persefahaman (MoU) dalam acara Memacu Agenda Bumiputera yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dengan perjanjian itu, GO Automobile bakal membekal bas elektrik kepada MLSB bagi program di bawah UNIBUS Initiative yang akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada Januari 2018 sebelum meneruskan ke universiti pengajian awam lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply