ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan akan bagi insentif wang tunai jika tukar kenderaan lama dengan baharu

Views

Bernama melaporkan Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir melakukan kajian polisi baharu bagi jangka hayat kenderaan. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kajian tersebut turut mengandungi cadangan pemberian insentif bagi menukar kenderaan lama kepada baharu.

Namun ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen. Kementerian tidak letakkan jangkaan tempoh untuk melaksanakan polisi ini kerana ia membabitkan pelbagai perkara selain perlu meminda undang-undang pengangkutan terutamanya Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita memahami kebimbangan rakyat kerana semakin ‘berusia’ kenderaan itu, semakin banyak isu atau masalah yang timbul,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Perak 2017 di sini, hari ini. Sekiranya polisi itu dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan akan menentukan jangka hayat sesebuah kenderaan selain pemberian insentif kepada pemilik yang mahu menamatkan jangka hayat kenderaan mereka.

Tambah beliau lagi, banyak aduan telah diterima daripada pelbagai jabatan dan agensi yang mahu polisi baharu itu diperkenalkan dengan segera bagi mengurangkan masalah kenderaan terbengkalai yang boleh mendatangkan pelbagai masalah termasuklah menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Dengan keadaan ekonomi semasa dan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman dari bank serta harga kenderaan yang tinggi, kami yakin polisi ini bakal membebankan dan menambah kemarahan rakyat yang ketika ini bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. Banyak perkara perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum polisi ini diperkenalkan. Adakah anda bersetuju dengan polisi ini? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Buat permulaan, mulakan dengan kenderaan 25 tahun ke atas, kemudian turunkan ke 20 tahun ke atas, kemudian, turun sehingga 15 tahun apabila negara mencapai negara berpendapatan tinggi dan cukai kenderaan diturunkan..


  • Sekiranya kereta tersebut masih roadworthy (check di PUSPAKOM) boleh lah diteruskan penggunaan. kalau buat juga kesian la warga yang dah pencen. Dah la pendapatan tinggal separuh kena beli kereta baru juga ka?


  • Lupus dulu lori-lori lama yang ada atas jalan raya tu. Lori yang tak ada pintu dari zaman jepun pun masih nampak ada atas jalan. Macamana ni JPJ? Tak bahayakah? Tak selamat kot.

Leave a Reply