Artikel ditulis oleh Arish Qutb Ahmad Khan
Baru-baru ini satu pengembaraan epik Great Wall Tour of Borneo 2013 telah diadakan di Sabah dan Sarawak. Great Wall cuba untuk memperkenalkan 4×4 trak dan SUV buat China itu ke pasaran yang dikuasai oleh Toyota, Isuzu dan Mitsubishi, jenama yang begitu utuh di pasaran selain mampu mengekang Proton dan Perodua dalam pasaran automotif di Borneo. Walaupun dianggap sebagai “misi mustahil” namun pihak Great Wall Motor benar-benar cuba untuk mencuri pasaran dengan pendekatan yang berbeza.
Great Wall Motor Company Ltd yang berpangkalan di China adalah sebuah syarikat kereta multinasional yang besar dengan jumlah pengedar dilebih daripada 100 buah negara. Jenama ini mula bertapak di Malaysia sejak 2011 melalui pengedar tempatan Green Oranges Sdn Bhd. Sehingga kini jenama tersebut telah diterima baik di Semenanjung dengan lebih daripada 1000 unit telah berjaya dijual. Kedua-dua model, H5 dan Wingle 5 yang dipasang secara tempatan di Gurun, Kedah adalah kenderaan yang mempunyai rekod jualan yang cemerlang di luar negara, dengan kualiti binaan yang sangat baik dan nilai terbaik untuk wang anda. H5 juga telah memenangi kategori SUV, Anugerah Kereta Tahunan Malaysia tahun 2011. Kedua-dua model tersebut mampu mencabar dan bersaing dengan model kenderaan pacuan empat roda daripada pengeluar yang lain.
Berbekalkan semua itu, Green Oranges Sdn Bhd bersama-sama dengan seorang peniaga di Sabah dan Sarawak telah menganjurkan Jelajah Promosi Borneo meliputi 7 bandar utama (Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, Sabah. Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching, Sarawak) selama 7 minggu bermula pada 30 Mei hingga 13 Julai lalu. Jelajah Promosi Borneo bertujuan menggalak dan mendidik orang ramai mengenai kereta pacuan empat roda H5 dan Wingle 5 selain memberi orang ramai pemahaman mengenai kualiti dan nilai jenama dari Tembok Besar itu. Great Wall Motor juga mahu mengubah persepsi orang ramai terhadap kereta buatan China yang dikatakan berkualiti rendah dan teknologi ketinggalan zaman walaupun ia bukanlah suatu tugas yang mudah.
Antara aktiviti yang dirancang pada majlis itu termasuklah demo pemanduan tepat seperti menaiki ramp dengan kecerunan 45 darjah, laluan slalom yang sukar dan skeleton trail. Demo ini telah berjaya membuktikan kehebatan dan ketangkasan Great Wall Wingle 5 dan H5. Green Oranges Sdn Bhd juga mengambil peluang untuk menjalankan program CSR syarikat di seluruh lokasi jelajah. Kehadiran menteri dan orang kenamaan juga menyumbang kepada pendedahan kepada media tempatan jelajah selama 7 minggu di Borneo itu.
Selain itu, aktiviti tambahan seperti tunjuk ajar cara posisi duduk dan kawalan yang betul, memahami fungsi ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) dan kawalan gelincir di bawah bimbingan pemandu profesional juga diadakan. Paling menarik, H5 dan Wingle 5 berjaya mengharungi perjalanan sejauh 2000km tanpa sebarang masalah! Great Wall Tour of Borneo 2013 telah mencapai matlamatnya walaupun orang ramai secara umumnya bingung dengan kehadiran jenama tersebut dan hanya memberi komen pada rekabentuk dan kualiti kenderaan. Namun setelah mencuba sendiri model tersebut, ia nyata membuka mata mereka selain memberi pilihan tambahan kepada rakyat Borneo untuk membeli kenderaan 4×4 pada masa akan datang. Dengan kejayaan tersebut, syarikat telah merancang untuk Great Wall Tour of Borneo untuk tahun 2014. Nantikannya!
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/07/14/Assistant-minister-escapes-unscathed-in-test-drive-gone-wrong.aspx
macam tak berjaya je.. hehehe…
misi berjaya, insiden tu berlaku betul2 di lokasi jelajah yang terakhir.. mungkin malang tak berbau, tapi semua selamat tanpa sebarang kecederaan.. 🙂