ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia sambut ulang tahun pertama – Rebat istimewa sehingga RM20k untuk ORA GOOD CAT

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal meraikan sambutan ulang tahun pertamanya di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Bersempena sambutan ulang tahun ini, GWM telah bekerjasama dengan ARTBOX untuk menganjurkan satu acara yang bertemakan #GoWithMore.

Acara yang berlangsung pada dua hujung minggu berturut-turut, iaitu 10 hingga 12 dan 17 hingga 19 November 2023, akan bermula dari jam 3:00 petang hingga 11:00 malam.

Sebagai tanda penghargaan, pelanggan yang menempah ORA GOOD CAT (warna terpilih) pada bulan ini akan terus menerima rebat RM20,000.

Pelanggan membuat tempahan pada bulan November dan mendaftarkan ORA GOOD CAT sebelum 31 Disember 2023 turut berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM18,888 serta hadiah menarik lain seperti HONOR X9b dan Pakej Kem Camping Lubar.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Selain itu, peserta yang mengunjungi GWM di ARTBOX di Sunway Pyramid Open Carpark juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah misteri yang mengujakan seperti baucar tunai RM2,000 dan barangan GWM.

Sepanjang setahun beroperasi, GWM telah melancarkan ORA GOOD CAT dan telah memperkenalkan model seperti GWM CANNON, GWM HAVAL H6, dan GWM HAVAL JOLION, di Malaysia Autoshow 2023 di MAEPS.

Selain itu, mereka juga telah membuka Pusat Flagship 4S di seluruh negara, serta memilih pengedar berkualiti tinggi untuk memperkukuhkan liputan rangkaian mereka.

Pusat 4S terbaharu yang meliputi kawasan utama di Lembah Klang telah dibuka di Kuala Lumpur dan diuruskan oleh CS Kiara Sdn. Bhd. Bukan itu sahaja, ia turut berada di lokasi seperti berikut:

  1. Subang USJ – Superhub Auto Services Sdn. Bhd.
  2. Kuala Lumpur (Jln. Ipoh) – CS Kiara Auto Sdn. Bhd.
  3. Kuala Lumpur (Sg. Besi) – Yuan Hui Auto Sdn. Bhd. (akan datang)
  4. Puchong – Superhub Auto Services Sdn. Bhd.
  5. Serdang – Kuro EV Auto Sdn. Bhd.
  6. Bangi – G-Mart Corporation Sdn. Bhd.
  7. Seremban – Seremban Victory Credit Sdn Bhd.
  8. Penang – CS Euro Auto Sdn. Bhd.
  9. Kota Kinabalu – Seni Akasia Sdn. Bhd. (akan datang)
  10. Kuching – YLH Autoworld Sdn. Bhd.
  11. Johor – Mjaya Sdn. Bhd. (akan datang)

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

GWM juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB), sebagai persediaan untuk majlis pecah tanah kemudahan pengeluaran CKD di Melaka.

Kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada pengeluaran domestik rangkaian SUV, pikap, dan kenderaan elektrik tercanggih GWM.

Menurut Pengarah Urusan Great Wall Motor Malaysia, Mike Cui, pihaknya amat berbesar hati meraikan ulang tahun pertama Great Wall Motor di Malaysia.

Pihaknya juga komited untuk memperkenalkan lebih banyak lagi kenderaan baharu yang disesuaikan mengikut keperluan dan keutamaan pasaran Malaysia dalam tahun-tahun yang akan datang.

GWM Malaysia tidak sabar untuk meraikan perjalanan yang luar biasa ini dan akan terus berkongsi kegembiraan dengan masyarakat Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply