ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kaedah ‘hot-in-place’ digunakan untuk tampal jalan rosak di bandar raya Ipoh

Berita Tempatan

Views

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kini menggunakan kaedah ‘hot-in-place bagi menampal jalan yang rosak di sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kaedah itu merupakan teknologi terkini yang menggunakan jentera secara pakej.

Jelasnya, ia bermakna di dalam kenderaan yang sama ia meliputi peralatan pemanasan, pengorekan, proses penyediaan bitumen aspalt dan jentera pemadatan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Tambah beliau, uji cuba kaedah ini telah dilaksanakan bagi menambah baik proses tampalan jalan yang sebelum ini menggunakan kaedah ‘mark and cut‘ yang mengambil masa lama untuk dilaksanakan.

Melalui kaedah ini proses pembaikan ‘pothole‘ akan mengambil masa yang singkat dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti tampalan berbanding kaedah sedia ada.

Rumaizi berkata, kaedah itu akan digunakan di jalan-jalan utama di sekitar kawasan pentadbiran MBI.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Beliau memberitahu, sebanyak 1,200 meter persegi sebulan telah diperuntukkan kepada Puncak Emas Infra selaku syarikat konsesi untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah selenggaraan MBI.

Kaedah ini digunakan bermula pada November 2023 bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya dan secara tidak langsung akan mengurangkan aduan pothole yang kerap berlaku.

Ia terutamanya pada musim peralihan monsun yang mempunyai kadar taburan hujan tinggi. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply