Kepada peminat kereta kompak pastinya berita ini bakal menggembirakan anda kerana bertambah lagi model sebagai pilihan. KIA Malaysia bakal memperkenalkan model kompak generasi baharu Picanto pada bulan hadapan dan yang menariknya model ini dikhabarkan berharga di bawah RM60,000 untuk model asas dan untuk model spesifikasi penuh harganya di bawah RM63,000!
Model yang telah menerima anugerah Car of the Year 2011 – Best Small Car & Design Award 2012 itu akan dijana oleh enjin 1.25 liter Kappa dengan pilihan transmisi automatik dan manual. Setakat ini belum ada info rasmi mengenai spesifikasi dan tarikh pelancarannya. Nantikan kemunculan KIA Picanto tidak lama lagi!
nampak cute…jauh lagi lawa dari picanto skarang…
tapi harga 60k for a picanto tu mcm agak ambitious la… org mesia masih suka perodua kot kalo dgn harga tu
60k agak overprice la… xder pilihan lain kene beli myvi jugak la ni
bwh 50k seeloknya…
agak susah nak dapat bawah 60k disebabkan struktur cukai automotif yang dikenakan… kalau dapat bawah 50k lagi cantik…
dgr2 ada ESC, 6 airbags. jika benar, kia telah membuktikan bahawa harga tidak perlu mahal dan berkelas mewah untuk dapat spec sebegitu.
DJ tu ckp mmg 6airbags.
sempat g tgk kete ni kt sunway pyramid sabtu smlm.
tp xble tgk sbb atas pentas.
dapat la topi kia sbb jawab soalan kuiz dj tu..hahaha
apa yg ditanya?
Apa nama kereta kecil tu..picanto.
Soalan mudah2 jek. Tp xkn aku nk jawab sume :p
6 airbags tu utk Malaysia market skali ke?
kalo betul mmng agak menarik…sbb keta2 lain akan cuba beat dia punya spec n price…
in the end, consumer jugak la yg untung ada byk pilihan
itu yg DJ tu ckp la.
spec sheet xde.
dulu picanto 30-40k
sekarang sampai 60k
agak overprice walaupun features dah banyak
around 50k dah ok rasanya..
boleh jadi myvi killer..
Picanto dulu RM55k kot bro..30-40k tu dapat Saga BLM. Proton Savvy M-Line 2006 pun RM43k bro..
Mungkin kalau RM55-60k reasonable kot.
Mitsubishi Mirage berada dalam price tag RM55k-63k. Dan Picanto lebih well equipped kalau compare dengan Mirage. Kereta segmen A pun ada ESP…PT tulis disc brake all-round..
Jadi Proton GSC, sila ambil maklumlah..hehe
Tapi mari lihat Ford Fiesta FL…sudahlah enjjin turun 1.5L, airbags pun turun jadi 2…harga naik pulak tu…(Belum enjin 1.0Ecoboost, entah berapa Sime Darby nak letak harga)
fiesta dulu harga time minyak rm1.90 bro..sekarang harga baru ler.keke
Betul jgk..dulu nasi lemak 50sen je. Kenyang beb. Haha
`reasonable` kt sini ada dua konteks…satunya `reasonable` jika kita refer pada mana2 model dlm segmen tersebut dimana kereta tempatan menjadi penanda aras (Myvi/Savvy*)…yg keduanya pada harga dimana tidaklah `reasonable` sgt tp boleh diterima jika dilengkapi dgn spesifikasi, teknologi atau aksesori yg lebih baik…tp ini bukanlah sesuatu yg sihat kerana setiap kali pelancaran model baru/facelift akan menyaksikan kenaikan harga..jadi utk merasa kereta kecil yg berkualiti pastikan memerlukan ansuran bulanan sekitar 500-600 sbln (10% dp)…