ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya di Jepun – Lubang gergasi sedalam 30 meter dibaiki dalam masa dua hari sahaja

Views

Gambar jalan runtuh sehingga berlubang dengan kedalaman 30 meter yang berlaku di Fukuoka, Jepun baru baru ini bukanlah berpunca dari Ultraman yang berlawan dengan raksasa. Ia benar benar berlaku dan mungkin berpunca dari kerja kerja pembinaan terowong keretapi bawah tanah di kawasan berhampiran sekaligus menelan empat dari lima lorong sehingga jalan tersebut terputus.

Namun bukan itu yang menarik perhatian dunia sehingga menjadi viral. Sebenarnya seluruh dunia kagum dengan kecekapan dan kepantasan pekerja pekerja di sana yang telah berjaya membaiki lubang gergasi tersebut hanya 48 jam atau dua hari! Laluan tersebut kini telah pun dibuka kembali setelah pemeriksaan keselamatan yang terperinci dijalankan.

Media tempatan juga turut memuji hasil kerja dan kecekapan pekerja pekerja yang terlibat dalam proses pembaikan lubang sebesar separuh saiz kolam renang Olimpik itu. Mereka membaikinya dengan memasukkan sejumlah simen dan pasir ke dalam lubang tersebut selain membaik pulih kabel elektrik serta saluran gas dan paip air yang telah rosak.

Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku disebabkan runtuhan tersebut. Tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan. Syukur semuanya selamat. Yang ajaibnya lubang sebesar tu boleh siap dibaiki dalam masa dua hari je, hebat kan! Kalau kat sini ntah bila lah siap, bab berperang di media sosial sahaja tuduh itu ini dah makan masa dua hari atau lebih. Oh Malaysiaku!

Foto dari Mezo.me dan Reuters

KLIK UNTUK BESARKAN

A huge sinkhole is seen at an intersection near Hakata station in Fukuoka This combo shows a photo of a giant sink n-sinkhole-a-20161114

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Walk the talk. Kalau kat Malaysia mula2 Menteri akan cakap tubuh suruhanjaya sisastan diraja. Lepas tu baru nk cari punca. Cari kontraktor pula geng2 dia. Tak setuju harga minta lagi peruntukan tambahan. Lepas setahun siap, defect sana sini. Tu la beza kerja orang ada integriti dengan takde integriti.

Leave a Reply