Honda Malaysia baru baru ini melanjutkan langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pelanggan dengan memulakan langkah berjaga-jaga untuk 24.962 unit lagi kenderaan keluaran tahun 2012. Ia juga berikutan dengan penggantian inflator beg udara penumpang hadapan Takata dan antara model model yang terlibat kali ini adalah Accord (2012), Jazz (2012), Jazz Hybrid (2012, City (2012), Freed (2012) dan Insight (2012).
Model keluaran semasa tidak terlibat dan Honda Malaysia akan lebih telus serta memperketatkan kawalan demi untuk keselamatan pelanggan. Hingga ke hari ini, tiada sebarang kemalangan yang melibatkan inflator beg udara penumpang hadapan Takata dilaporkan di Malaysia. Pelanggan yang terlibat akan dihubungi melalui surat pemberitahuan dan pelanggan yang menerimanya digalakkan untuk menghantar kenderaan mereka ke pengedar sah Honda yang terdekat untuk membuat pemeriksaan dan penggantian.
Dalam masa yang sama juga, Honda Malaysia akan terus menggesa Takata untuk mempercepatkan pembekalan alat ganti untuk kenderaan yang terlibat. Kerja penggantian akan terus dilakukan apabila alat ganti telah tersedia dan segala kos berkaitan alat ganti dan upah akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Pemilik kenderaan juga boleh menyemak status panggilan balik kenderaan mereka menerusi laman sesawang www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau terus menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020.
Honda Malaysia akan terus memberi kesedaran kepada pelanggan mengenai pentingnya untuk menukar inflator beg udara, melalui media sosial dan sistem peseanan ringkas (SMS). Pemilik kenderaan Honda yang terlibat adalah dinasihatkan untuk segera menghantar kenderaan mereka untuk diperiksa dan membuat penggantian di Pusat Servis bertauliah Honda atau Hab Bergerak dengan segera!.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI