ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga tentatif Perodua Aruz bermula dari RM72,200 hingga RM77,200 – Adakah ia bakal ‘laku keras’?

Views

Kami baharu sahaja menerima info terbaharu mengenai harga tentatif Perodua Aruz yang akan mula dibuka untuk tempahan esok (3 Januari 2019). Menurut rakan kami Muhamad Misran, harga tentatif Perodua Aruz untuk Semenanjung Malaysia akan bermula dari RM72,200.00 hingga RM77,200.00 dan akan ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Aruz 1500 X (Auto) (W5XZ) dan Aruz 1500 AV (Auto) (W5VZ). Perodua Aruz akan ditawarkan dalam lima pilihan warna, Amazon Green, Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White.

JOM BACA >> Perodua Aruz – Tempahan mula dibuka esok?

Berikut adalah varian dan harga tentatif Perodua Aruz:

Semenanjung Malaysia
Perodua Aruz 1500 X (Auto) (W5XZ) – RM72,200.00
Perodua Aruz 1500 AV (Auto) (W5VZ) – RM77,200.00

Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)
Perodua Aruz 1500 X (Auto) (W5XZ) – RM74,500.00
Perodua Aruz 1500 AV (Auto) (W5VZ) – RM79,500.00

Labuan
Perodua Aruz 1500 X (Auto) (W5XZ) – RM71,700.00
Perodua Aruz 1500 AV (Auto) (W5VZ) – RM76,300.00

Langkawi
Perodua Aruz 1500 X (Auto) (W5XZ) – RM70,700.00
Perodua Aruz 1500 AV (Auto) (W5VZ) – RM75,300.00

Adakah dengan harga tentatif ini Perodua Aruz akan ‘laku keras’? Pada kami harga ini agak munasabah dan sudah pasti ia bakal memberi saingan kuat kepada Honda BR-V dan juga Honda HR-V. Kalau Perodua berani menurunkan sedikit lagi tanda harga ini semasa pelancaran rasmi nanti, kami yakin ia bakal mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

JOM BACA >> Geely FY11 jelmaan BMW X6 dari China

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Harga macam ni memang dijangka. Takde yang harga bawah 70k kan,tak macam Alza. Yang pastinya julat harga ni akan tarik potential buyer BRV sebenarnya,dan yang pasti takkan ada yang nak beli Toyota Rush tu. Nanti ada Gear Up version jadi la Rm83k.

Leave a Reply