ARKIB

KATEGORI

Buletin

2300 unit Proton X70 bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi

Views

Disebabkan sambutan yang luar biasa terhadap Proton X70 yang menerima purata tempahan 200-300 sehari dan mengurangkan tempoh menunggu pembeli, 2300 unit Proton X70 kini sedang dalam perjalanan ke Malaysia dan bakal tiba tidak lama lagi. Beberapa jam yang lalu satu kilp video Tik Tok dari Geely Auto mempertontonkan unit-unit CBU Proton X70 sedang beratur masuk ke dalam sebuah kapal pengangkut kenderaan raksasa yang bernama Paradise Ace Panama.

JOM BACA >> Proton X70 ‘terlajak laris’ – Terima tempahan 200-300 sehari

Tidak dapat dipastikan bila kapal ini akan tiba di Pelabuhan Klang, namun kami menjangkakan ia akan tiba sekurang-kurangnya seminggu dua lagi. Jadi, para penempah awal Proton X70 tidak perlu risau kerana mungkin kereta anda akan diserahkan sebelum perayaan Tahun Baharu Cina. Buat masa ini unit yang ada adalah sangat terhad, hatta pihak media pun buat masa ini tiada unit untuk dipandu uji terpaksalah kami meminjam dari pengedar Proton atau pemilik X70 jika ingin membuat video ulasan.

Bawa bersabar ye! Tunggu ketibaan Proton X70 anda tidak lama lagi.

JOM BACA >> Perodua Aruz – Tempahan mula dibuka esok?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply