ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harley-Davidson lancar kempen Passport to Freedom

Views

Pengeluar motosikal terkemuka di Amerika, Harley-Davidson® (H-D), sedang membawakan kempen Passport to Freedom ke Malaysia. Mulai sekarang sehingga 30 September 2018, penunggang motosikal besar boleh mendapatkan kos latihan mereka dibiayai melalui rebat apabila membeli motosikal H-D daripada pengedar yang sah. Johan Kleinsteuber, Pengarah Urusan, Asia Emerging Markets, Harley-Davidson berkata Passport to Freedom adalah sebuah program yang memberi insentif kepada penunggang untuk memiliki motosikal besar dan mendapatkan rebat untuk latihan menunggang.

Dengan USD650 (kira-kira RM2,600) rebat disediakan untuk pemilik H-D baharu yang boleh digunakan untuk membiayai kos lesen latihan motosikal besar atau pembelian H-D MotorClothes®, aksesori dan alat ganti kustom dan pembayaran yuran keahlian H.O.G® seumur hidup. Hanya tiga langkah mudah diperlukan untuk mengambil bahagian dalam program Passport to Freedom:

  1. Dapatkan lesen motosikal besar: Dapatkan lesen motosikal besar (B Penuh) antara 1 Januari 2018 dan 30 September 2018.
  2. Pilih motosikal: Pilih dari senarai motosikal yang layak dan buat pembelian sebelum 30 September 2018.
  3. Nikmati rebat: Dapatkan sehingga USD650 (kira-kira RM2,600) rebat untuk kos latihan, atau gunakan dana tersebut untuk pembelian H-D MotorClothes®, aksesori dan alat ganti kustom dan pembayaran yuran keahlian H.O.G® seumur hidup.

Peserta yang mendaftar secara atas talian di https://register.harley-davidson.com/Passport-To-Freedom-en_AP akan turut menerima sarung passport edisi-terhad H-D (sementara stok masih ada). Passport to Freedom sah di semua pengedar sah Harley-Davidson berikut:

  • Harley-Davidson of Petaling Jaya The Gasket Alley, Lot 15, Jalan 13/6,46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (+60 3-7955 9399) www.harleypj.com
  • Harley-Davidson of Penang 1679-G1, Jalan Perusahan, Auto City, 13600 Prai, Penang, Malaysia (+60 4-506 2200) www.harleypenang.com
  • Harley-Davidson of Melaka No. 2, Jaya, Jln KLJ 8, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia (+60 6-264 4886) www.harleymelaka.com

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply