ARKIB

KATEGORI

Buletin

Haval H2 CKD kini dengan warna baharu, harga bermula dari RM98,950

Views

Go Auto melancarkan model Haval H2 versi pemasangan tempatan (CKD) dengan beberapa pembaharuan dari segi penampilan dengan harga bermula RM98,950 untuk Comfort Auto dan RM 101,950 Premium Auto, termasuk insurans dan cukai jalan. Haval H2 CKD menampilkan rekaan rim dan tambahan warna baharu, iaitu Haval Blue bersama pilihan warna sedia ada, Haval Red.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 2,100 unit Haval H2 CKD sehingga 2018. Model ini juga bakal dieksport ke Batam, Indonesia dan Cambodia. Ia masih mengekalkan enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan, yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 147hp pada 5,600rpm dan tork 210Nm pada 2,200rpm-4,500rpm.

Haval H2 CKD dipadankan dengan lampu halogen bersama lampu LED nyalaan siang. Gril dengan kemasan krom yang besar membuatkannya lebih garang dan menarik. Selain rim dan warna baharu, semua ciri lain pada model ini sama dengan versi CBU seperti butang tekan-mula, kemasukan tanpa kunci, panel meter multi-fungsi dan punat kawalan pada roda stereng. Selain itu ciri-ciri lain seperti penyaman udara dual zon automatik, sistem hiburan audio dan video, kerusi pemandu elektrik 5-tetapan, dan bumbung suria boleh laras turut dikekalkan.

Dari segi keselamatan Haval H2 CKD dilengkapi dengan enam beg udara (depan, sisi dan tirai), yang disepadukan bersama sensor dan kamera undur, sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan penyandar kepala aktif untuk meminimumkan kecederaan spinal. Haval H2 CKD turut mendapat penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran dilakukan badan keselamatan China, C-NCAP.

Selain itu, Go Auto turut memperkenalkan pakej ‘Jaminan Beli Balik’ (Buy Back Guarantee) dengan memberi jaminan 50 peratus nilai kenderaan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ini bermakna, HAVAL akan membeli semula pada harga 50 peratus daripada harga jualan jika pemilik menjual kenderaan dalam tempoh 5 tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply