ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak tugas ringan Isuzu bantu kelancaran operasi TNB

Views

Lanjutan daripada persetujuan flit yang termeterai pada tahun 2015, baru-baru ini Isuzu Malaysia telah menyerahkan 12 unit baharu trak tugas ringan Isuzu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Majlis penyerahan yang telah diadakan di Pekan, Pahang merupakan fasa terkini dalam persetujuan TNB yang bernilai RM31 juta dalam usaha memperolehi 200 unit, dengan baki unit yang dijangka akan diserahkan kepada TNB di akhir 2017.

Persetujuan selama 2 tahun itu melibatkan model Isuzu ELF NPR 6-Wheeler Crew Cab yang akan beroperasi di bawah Bahagian Pengagihan TNB dan digunakan untuk kerja-kerja sokongan luar dan di kawasan luar bandar. Selain itu, trak-trak ini yang menawarkan ruang kabin yang lebih luas dan prestasi enjin yang dipermajui bakal diedarkan ke pusat-pusat Pengagihan TNB di seluruh negara.

Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka meluahkan penghargaannya kepada pihak TNB di atas kepercayaan dan keyakinan yang ditunjukkan. Isuzu Malaysia juga amat berbesar hati di atas pemilihan trak tugas ringan Isuzu untuk menjadi sebahagian daripada pasukan khidmat sokongan TNB, dalam memastikan keperluan tenaga seluruh negara dapat diteruskan dengan lancar.

Penyerahan 12 unit baharu Isuzu ELF NPR 6-wheeler Crew Cab telah disampaikan kepada Mohammad Anas Ibrahim, selaku Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Flit TNB. Selain daripada menggantikan flit trak bantuan yang lama, trak-trak tugas ringan ini bakal memastikan pelaksanaan perkhidmatan pelanggan yang menepati masa, di samping menawarkan penjimatan bahan api dan kebolehpercayaan dalam menjalankan operasi sokongan TNB dengan cekap.

Majlis juga telah menyaksikan ‘flag-off’ trak tugas ringan Isuzu oleh Mohammad Anas Ibrahim, yang disertai Othman Alias (Presiden) dan Noh Jaafar (Naib Presiden) daripada Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB, bagi menandakan pengagihan rasmi trak-trak tersebut ke pusat-pusat pengagihan TNB di seluruh Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply