ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Hentian Sebelah Gombak akan ditutup buat sementara

Views

Perhatian kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)! ANIH Berhad mengumumkan penutupan sementara Hentian Sebelah Gombak (menghala Kuala Lumpur) untuk kerja kerja menaiktaraf lorong dan kawasan parkir. Ia akan dilaksanakan secara dua peringkat bermula 9 November ini.

Peringkat 1: 9 & 10 November 2016 (24 jam)
Penutupan kawasan parkir lori, Hentian Sebelah Gombak. HANYA kenderaan ringan sahaja dibenarkan masuk ke hentian sebelah pada tarikh tersebut.

Peringkat 2: 14 – 17 November 2016 (24 jam)
Penutupan sepenuhnya Hentian Sebelah Gombak. Ini juga melibatkan penutupan sepenuhnya fasiliti seperti gerai makanan/minuman, surau dan tandas. (Infografik disertakan di bawah)

Sehubungan itu, ANIH Berhad menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi semua papan tanda serta arahan petugas dilokasi. Mesej penutupan turut di paparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna membuat persediaan awal dengan berhenti di kawasan R&R atau hentian sebelah yang lain, jika perlu.

Untuk sebarang maklumat, sila ikuti Facebook: Lebuhraya Pantai Timur dan Twitter @LPTTrafik bagi mengetahui status dan keadaan terkini serta merancang perjalanan di sepanjang jajaran lebuh raya di bawah kendalian ANIH Berhad.

KLIK UNTUK BESARKAN

pelan-penutupan-hentian-sebelah-gombak

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply