ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jerman perkenal keretapi penumpang yang hanya melepaskan stim

Views

Demi untuk memelihara alam sekitar dan menjana punca tenaga yang lebih mampan, Jerman bakal memperkenalkan keretapi penumpang emisi-sifar pertama di dunia yang dijana oleh hidrogen. Keretapi yang dinamakan Coradia iLint itu hanya mengeluarkan stim/wap yang berlebihan ke atmosfera, dan bakal menggantikan 4,000 unit keretapi diesel yang masih lagi dalam perkhidmatan. Teknologi ini dibangunkan oleh Alstom, syarikat yang berpangkalan di Perancis dan hanya mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan.

Die Welt melaporkan, 14 unit pertama keretapi tersebut telah pun ditempah oleh Lower Saxony dari Alstom dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa sekiranya projek ini berjaya. Ujian bakal dilaksanakan mulai akhir tahun ini, sebelum ia memulakan operasi sepenuhnya pada Disember 2017. Keretapi tersebut mula diperkenalkan semasa pameran perdagangan Berlin InnoTrans pada bulan Ogos, dan ia bakal menjadi keretapi penumpang berkuasa-hidrogen pertama yang mampu bergerak sejauh 600 hingga 800km untuk setangki penuh hidrogen.

Ia juga mampu membawa sehingga 300 penumpang dan dilengkapi dengan 150 tempat duduk. Kelajuan Coradia iLint pula mampu mencecah sehingga 140 km/h dan dijana oleh bateri lithium ion besar yang mendapat tenaganya dari tangki hidrogen di atas bumbung keretapi tersebut. Beberapa negara lain juga telah menunjukkan minat dengan teknologi ‘hydrail’ ini, termasuklah Belanda, Denmark dan Norway.

Hail Hydrail!

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Sejak terpalit kes deiselgate VW beberapa tahun lalu, satu-satu pengeluar kenderaan dan jentera dari Jerman akan menggantikan penggunaan diesel kepada tenaga yang bukan dari diesel.. Termasuk pengeluar kenderaan mewah Mercedes dan BMW yang akan mengeluarkan 100% kenderaan elektrik menjelang 2030..

Leave a Reply