Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan mesin empat silinder kelas pertengahan (middleweight) Honda CBR650F dan CB650F model 2017 dengan spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu. CBR650F dan CB650F 2017 menerima banyak peningkatan, dari segi kuasa puncak, kedua-dua model ini berjaya menghasilkan 67kW @ 11,000rpm kuasa kuda maksimum berbanding model 2016. Peningkatan ini dihasilkan dari sistem pengurusan aliran masuk dan ekzos yang baharu dari muffler yang lebih pendek.
Showa Dual Bending Valve (SDBV), fork hadapan yang baharu, dan caliper Nissin brek meningkatkan lagi pengalaman menunggang. Kedua-dua model tersebut kini didatangkan dengan lampu LED depan dan belakang. Reka-bentuk luaran agresif dua-dua model ini pula menonjolkan rupa keseluruhan yang boleh dirasai pada model FireBlade 2017 CBR1000RR.
CBR650F dan CB650F baharu ini boleh didapati di Pengedar Impian Honda mulai 1 Ogos 2017.
Model | Warna | Harga |
CBR650F | 1. Mat Gun Powder Black (Hitam) 2. Millennium Red (Merah) 3. Pearl Metalloid White (Putih) | STD: RM 47,115.94 |
CB650F | 1. Mat Gun Powder Black (Hitam) 2. Millennium Red (Merah) 3. Pearl Spencer Blue (Biru) 4. Sword Silver Metallic (Perak) | STD: RM 44,995.94 |
Harga termasuk GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan 2017 CBR650F dan CB650F Baharu ini, sila layari laman Facebook www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda atau hubungi talian percuma 1800-88-3993 (Isnin ke Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tidak termasuk cuti umum).
Spesifikasi Teknikal Honda CBR650F dan CB650F Baharu
Model | CBR650F | CB650F |
Engine Type / Jenis Enjin | 649cc Liquid-Cooled 4-cylinder, 4-stroke, DOHC, 4 valves | |
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang | 67.0mm x 46.0mm | |
Compression Ratio / Nisbah Mampatan | 11.4:1 | |
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum | 67kW @ 11,000 rpm | |
Max.Torque / Tork Maksimun | 64 Nm @ 8,000 rpm | |
Clutch Type / Jenis Klac | Wet Multiplate | |
Transmission / Transmisi | 6 Speed Manual | |
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm) | 2,110 x 755 x 1,145 | 2,110 x 775 x 1,120 |
Wheelbase / Asas Roda (mm) | 1,450mm | |
Caster Angle / Trail / Sudut Caster / Jerak Trail (mm) | 25.5 / 101 | 25.5 / 101 |
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg) | CBR650F 213kg | CB650F 208kg |
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(ℓ) | 17.3L | |
Suspension Type / Jenis Suspensi | Front Axle: 41mm SDBV telescopic fork | |
Rear: Monoshock damper with adjustable preload | ||
Tyres Size / Saiz Tayar | Front: 120/70ZR17M/C (58W) | |
Rear: 180/55ZR17M/C (73W) | ||
Brakes Type / Jenis Brek | Front: Hydraulic Dual Disc 320mm | |
Rear: Hydraulic Disk 240mm | ||
Headlight/ Lampu Hadapan | LED | |
Taillight/ Lampu Belakang | LED |
KLIK UNTUK BESARKAN
CB650F
CBR650F
KOMEN TERKINI