ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah berjaya merekodkan perkongsian pasaran sebanyak 17.1 peratus sekaligus kekal sebagai jenama kereta Bukan-Nasional nombor satu di negara ini. Ia juga berjaya mengekalkan kedudukan nombor dua dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) untuk tiga tahun berturut-turut.

Honda Malaysia telah berjaya menjual sebanyak 102,282 unit kenderaan pada tahun 2018,  menurun sedikit sebanyak 6.6 peratus berbanding 2017. Namun begitu, ia tetap berjaya melepasi paras 100,000 unit walaupun dalam pasaran yang tidak menentu.

Kesemua 7 model CKD iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, Accord dan CR-V merupakan peneraju dalam segmen masing-masing. City merekodkan sumbangan terbesar dengan 32 peratus kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia. Civic dan CR-V juga menjadi model utama dalam segmen mereka di mana masing-masing menyumbang 16 peratus dan 13 peratus kepada jualan keseluruhan.

Model Accord dengan Honda SENSING yang dilancarkan pada 2017 telah menyumbang 18 peratus kepada lebih 3,600 unit Accord yang dijual dalam tempoh pelancaran tersebut sehingga akhir 2018. Manakala, CR-V dilengkapi Honda SENSING telah menyumbang 33 peratus kepada jumlah keseluruhan yang dijual sebanyak 20,600.

Civic Generasi ke-10 pula telah mencatat jualan lebih 41,000 unit sejak pelancaran rasminya tiga tahun lalu dan 58 peratus daripada jualan ini adalah dari varian Turbo. Model MPV Odyssey dengan Honda SENSING merupakan saah satu daripada tiga model yang dilengkapi teknologi keselamatan termaju itu.

JOM BACA >> Geely tayang foto awal SX12 – Bakal jadi Proton X60?

Model-model yang dilengkapi dengan Sport Hybrid i-DCD seperti City dan Jazz, turut menerima sambutan baik sepanjang tahun lalu. Honda Malaysia turut mencatat pertumbuhan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2017 dari segi pengambilan perkhidmatan selepas jualan, yang merupakan tertinggi dalam sejarah. Peningkatan itu disempurnakan lagi dengan satu lagi rekod jualan Alat Ganti Tulen Honda yang menyaksikan lonjakan sebanyak 25 peratus.

Honda Malaysia menjangkakan Keseluruhan TIV pada tahun 2019 mencecah 580,000 unit dan telah menetapkan sasaran jualan sebanyak 95,000 unit dengan perkongsian pasaran sebanyak 16 peratus tahun ini . Selain itu, Honda Malaysia turut berkongsi strategi perniagaannya pada tahun 2019 dan ia merangkumi:

1. Menambah baik standard khidmat pelanggan
Kakitangan Honda akan dilatih dengan penekanan terhadap perkhidmatan pelanggan yang komprehensif dan menyeluruh kepada semua pelanggan yang mengunjungi bilik pameran. Pada masa yang sama, Honda Malaysia juga menawarkan kelebihan dan perkhidmatan selepas jualan lebih baik kepada pelanggan.

2. Mengukuhkan rangkaian pengedar
Dengan kehadiran 120 pusat pengedar termasuk 22 Pusat Badan dan Cat, Honda Malaysia kini mempunyai 83 pusat pengedar di Semenanjung Malaysia dan 15 pusat pengedar di Sabah dan Sarawak.

3. Pengenalan model-model baharu
Honda Malaysia bakal memperkenalkan model-model baharu dan yang dinaik taraf. pada tahun ini. Ia bermula dengan pelancaran HR-V 1.8L RS baharu dan HR-V 1.5L Sport Hybrid i-DCD pada Januari lalu. Pada bulan berikutnya, Jazz Mugen Edisi Terhad dan BR-V Edisi Khas diperkenalkan dengan hanya 300 unit bagi setiap model.

Melihat kepada prestasi tahun 2018, Honda Malaysia optimis bahawa hala tuju strategik perniagaan pada tahun ini akan menjadi batu loncatan untuk syarikat mencapai sasaran 2019 dan melangkaui ekspektasi pelanggan. Berdasarkan kepada visi 2030 syarikat, Honda Malaysia komited untuk terus mengembangkan keseronokan mobiliti yang mampu mencetuskan nilai baru dan memberi manfaat dalam kehidupan manusia.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Rayau sekitar (walkaround) – Honda Civic Type-R

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply