ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia labur RM11 juta untuk pengembangan gudang alat ganti

Views

Honda Malaysia telah menyelesaikan Fasa Kedua pembesaran gudang alat gantinya di Bukit Jelutong bagi menyokong peningkatan permintaan selepas jualan, yang berkembang seiring dengan peningkatan jualan dan kemasukan servis. Pengembangan ini bukan hanya untuk meningkatkan ruang penyimpanan malah untuk meningkatkan operasi gudang, mempercepatkan penghantaran alat ganti kepada pengedar dan pelanggan selain untuk menampung pertumbuhan perniagaan masa depan syarikat.

Sebanyak RM11 juta telah dilaburkan oleh untuk tujuan tersebut dengan keluasan binaan 21,700 meter persegi. Gudang ini dapat menampung alat ganti untuk 93 pengedar Honda di Malaysia, yang terletak di tapak dengan keluasan 50,000 meter persegi dan telah dibuka pada 2012.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata, syarikat telah mencatatkan pertumbuhan jualan dan kemasukan servis yang luar biasa dalam tempoh empat tahun yang lalu dan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam permintaan yang semakin meningkat bagi alat ganti. Pengembangan ini tepat pada masanya ketika jualan alat ganti meningkat 32 peratus manakala permintaan semakin meningkat dari aktiviti badan dan cat dengan 48 peratus pada 2017, berbanding yang dicatatkan pada 2016.

Fasa 2 pengembangan ini bakal menyaksikan penstrukturan semula penempatan stok, lokasi dalam gudang dan pengoptimuman ruang untuk meningkatkan kecekapan dan keupayaan. Ini termasuk meletakkan barangan pick-up yang bergerak pantas dan kerap berhampiran kawasan keluar untuk mengurangkan masa perjalanan untuk mengambil alat ganti dan meminimumkan pergerakan fork-lift. Pada masa yang sama, operasi storan kini memaksimumkan ruang sedia ada yang sebelumnya tidak digunakan.

Operasi juga jauh lebih cepat dengan pelaksanaan sistem kod bar untuk barang-barang yang telah dibungkus dan dilabelkan dari pembekal, yang hanya memerlukan pengesahan semasa ketibaan untuk kemas kini segera ke dalam sistem. Proses yang mudah dan kapasiti yang lebih baik dilengkapi dengan langkah proaktif lain, dilakukan dengan menghantarkan kiriman waktu malam kepada para pengedar atau outlet. Honda Malaysia juga melaksanakan penghantaran menggunakan motosikal untuk alat ganti yang kecil.

Semua langkah afirmatif ini disediakan untuk memastikan pengedar menerima alat ganti dengan segera, tidak mengganggu operasi mereka dan menyumbang ke arah perkhidmatan pelanggan yang lebih baik. Pengembangan ini juga merangkumi amalan mesra alam di mana semua bahan pembungkusan dikitar semula untuk menghapuskan pelupusan dan pembaziran.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply