ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor umum Kempen Servis Khas untuk model Toyota dan Lexus

Views

Bagi memastikan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), telah mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) untuk memeriksa dan menggantikan (jika perlu) sensor beg udara pada beberapa unit model Toyota Corolla Altis, Lexus NX dan Lexus RX. Kempen ini diumukan berikutan usaha yang dibuat oleh Toyota Motor Corporation (TMC) untuk memulakan Kempen Servis Khas global berhubung dengan sensor beg udara yang telah diumumkan pada 31 Januari lalu.

Berdasarkan maklumat yang diterima oleh TMC, jumlah model yang terjejas ada 2,800 unit Toyota Corolla Altis serta 500 unit Lexus NX dan Lexus RX yang dikeluarkan antara Jun 2015 hingga Januari 2016 serta diedarkan oleh UMWT dan Lexus Malaysia terlibat dalam kempen ini.

Kerosakan ini berkaitan dengan isu perkilangan kerana terdapat kemungkinan bahawa penebat Cip Litar Bersepadu (IC) dalam sensor Tekanan dan sensor G yang terpengaruh mungkin terkupas dari masa ke masa, mewujudkan litar terbuka di cip IC. Jika ini berlaku, lampu amaran beg udara akan menyala. Selanjutnya, beg udara sisi/tirai dan/atau beg udara depan boleh dinyahaktifkan dan tidak boleh digunakan apabila diperlukan. Ini boleh meningkatkan risiko kecederaan kepada penumpang sekiranya berlaku kemalangan.

TMC kini sedang berusaha untuk mendapatkan alat ganti yang diperlukan untuk SSC dan apabila alat ganti itu tersedia, UMWT akan memaklumkan pemilik yang terjejas untuk meminta mereka membawa kereta masing-masing ke pusat servis bertauliah Toyota atau Lexus untuk membuat penggantian yang diperlukan. Kerja penukaran mungkin mengambil masa sekitar 30 minit hingga 4 jam (bergantung kepada model) dan semua kos yang terlibat untuk penggantian akan ditanggung oleh UMWT.

Pemilik yang terlibat boleh menghubungi pusat servis bertauliah Toyota atau menghubungi Talian Bebas Tol Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682). Bagi pemilik Lexus, pelanggan boleh menghubungi pusat servis bertauliah Lexus seluruh negara atau menghubungi or Talian Bebas Tol 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS) atau layari lexus.com.my.

Pemilik Toyota juga boleh melayari laman sesawang Kempen Servis Khas Toyota di toyota.com.my untuk menyemak status kenderaan mereka dengan menyemak Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN).  Bagi mereka yang telah memuatnaik aplikasi Toyota Drive, di sana turut disertakan pautan ke laman SSC Toyota dan Penyemak VIN. Maklumat mengenai SSC penting yang lain juga tersedia di laman web.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply