Honda Malaysia telah memperkenalkan CR-Z baharu, jentera ‘sport’ hibrid pertama di dunia kini memiliki penampilan luaran and dalam yang lebih ‘sporty’. CR-Z telah menerima pelbagai pengiktirafan dalam negara pada tahun lalu. Ini termasuklah Autocar ASEAN Car of the Year, Autoworld Judge’s Choice dan Anugerah Model Hibrid Terbaik daripada kedua-dua majalah tersebut.
CR-Z Baharu hadir dengan penampilan kemas dan ruang kabin yang mewah. Jahitan benang berwarna merah pada tempat duduk separa kulit yang baru, stereng dan tuil gear membuatkan CR-Z Baharu semakin menarik. Dari segi luarannya pula, CR-Z Baharu diperkemaskan melalui bampar hadapan dan belakang yang baru, sekali gus meningkatkan dan memperkemaskan lagi garisan bayangan pecutan serta kecantikannya. Lampu depan HID yang baru dan lampu belakang LED dengan perumah berwarna biru jernih menambah rasa eksklusif serta penampilan bergaya kepada hibrid hot-hatch ini.
CR-Z memang terkenal dengan sistem pemanduan (Drive System) 3 mod yang versatil. Ia membolehkan pemandu menukar mod pemanduan antara NORMAL, ECON atau SPORT bergantung kepada gaya pemanduan dan situasi jalan raya. Tiga mod tersebut mengubah maklum balas pendikit, stereng, pemasaan melahu berhenti, kawalan suhu dan tahap bantuan yang disediakan oleh Sistem Hibrid IMA. Untuk meningkatkan keterujaan memandu sebuah jentera hibrid ‘sport’. CR-Z baharu hadir bersama enjin 1.5L i-VTEC yang disambung dengan motor elektrik yang lebih maju dan berkuasa
Perubahan utama sistem IMA tersebut ialah bateri lithium-ion yang baru yang dapat menyimpan tenaga elektrik tambahan di dalam sel-selnya yang kompak dan tahan lama. Bateri lithium-ion yang prestasi tinggi ini mampu menawarkan kapasiti kuasa sehingga dua kali ganda berbanding bateri sebelumnya. Dengan peningkatan kuasa tersebut, CR-Z Baharu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih dinamik dan bertenaga.
Bagi meneruskan keseronokan pemanduan dan menambahkan prestasi ‘sporty’, CR-Z Baharu kini dilengkapi ciri ‘Plus Sport System’ yang memberikan pecutan bertenaga. Sistem itu cukup sempurna semasa memotong kenderaan lain. Ia juga boleh digunakan pada 3 mod pemanduan berbeza iaitu NORMAL, ECON dan SPORT.
Ciri-ciri baru lain yang ada pada CR-Z Baharu adalah seperti berikut:
LUARAN | DALAMAN | PRESTASI |
∑ Lampu depan HID baru ∑ Gril Hadapan & Bampar baru ∑ ‘Daytime Running Lights’ Yang Dipertingkat ∑ Lampu Belakang LED Dengan Perumah Berwarna Biru Jernih ∑ Peresap Udara Belakang baru | ∑ Tempat Duduk Separa Kulit Dengan Jahitan Benang Merah ∑ Jahitan Benang Merah Pada Stereng & Tuil Gear ∑ Warna Dalaman Baru Iaitu Merah dan Hitam Yang Lebih ‘Sporty’ | ∑ Kuasa Kuda Enjin Lebih Tinggi ∑ Transmisi Dipertingkat ∑ Bateri Lithium-Ion baru ∑ ‘Plus Sport System’ |
Dari segi standard keselamatan pula, CR-Z Baharu dilengkapi dengan beg udara berkembar SRS di bahagian hadapan, beg udara langsir tepi dan sisi dengan Sistem Pengesanan Posisi Penumpang (Occupant Position Detection System, OPDS), G-Force Control Technology (G-CON), Vehicle Stability Assist (VSA), Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Advanced Compatibility Engineering (ACE).
CR-Z Baharu boleh didapati dalam varian transmisi manual enam kelajuan dan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) tujuh kelajuan dengan paddle shift. Ia hadir dalam empat warna menarik – ungu (Premium Northern Lights Violet Pearl), putih (Premium White Pearl), kelabu (Polished Metal Metallic) dan merah (Milano Red).
Bagi memberikan pengalaman pemilikan terbaik buat CR-Z Baharu, Honda Malaysia telah meningkatkan jaminannya selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had, termasuk bateri IMA. Pakej servis baru yang meliputi servis buruh percuma sehingga enam kali yang diselang-selikan dengan servis berbayar sehingga 100,000km telah ditawarkan kepada semua pemilik CR-Z Baharu.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Benar takdir menmag tak dapat dielakkan. Namun ada kemalangan yang sepatutnya boleh dan dapat dielakkan. Keadaan fizikal/teknikal bas dan pemandu sangat berkait rapat. Seorang pemandu yang baik dan berhemah bukan saja memandu untuk bergaji, tetapi juga mengambil kira keselamatan dan keselesaan penumpang. Pemandu yang baik sebenarnya sudah boleh mengesan kemampuan sesebuah bas yang dipandunya pada peringkat awal lagi, yakni sejauh mana kemampuan bas itu boleh membawa penumpang dengan selesa dan apakah bas itu mampu untuk dipandu dalam keadaan fizikal jalan yang dilalui. Seorang pemandu yang jujur dan mahir dan berpengalaman kadang kala lebih berkesan berbanding pemeriksaan PUSPAKOM.