ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda naiktaraf pusat 4S pertama di Pantai Timur

Views

07 Mr Lee Kee Hoo helping Mr Yoichiro Ueno with the ribbon cutting as other VIPs watch

Honda telah menaiktaraf Macinda Auto yang merupakan pengedar jenama Honda di bandar Kuantan kepada pusat 4S dengan pelaburan yang berjumlah RM9 juta. Kini, ia telah dilengkapi dengan pusat mengecat kereta dan merupakan yang pertama di Pantai Timur. Ia telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno semalam.

Pusat mengecat kereta Macinda Auto berkeluasan 6,000 meter persegi dibina bersebelahan dengan bilik pameran dan pusat servis yang sedia ada. RM9 juta telah dilaburkan untuk membina fasiliti ini dengan RM1.5 juta diperuntukkan untuk memberikan suasana kondusif kepada pelanggan dengan kemudahan komputer bersama Wi-Fi, ruang menunggu untuk pelanggan dan ruang permainan kanak-kanak.

Selain itu, pusat mengecat kereta Macinda Auto menggunakan teknologi waterborne paint yang mesra alam. Air digunakan sebagai bahan utama tanpa penggunaan bahan minyak yang boleh mengurangkan bau, bahan toksik dan risiko kebakaran. Untuk membuat temujanji atau maklumat lanjut mengenai kemudahan yang disediakan, hubungi Macinda Auto Body and Paint Centre ditalian 09-5688 0000 atau layari laman web www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply