ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda RS-X Repsol Edition diperkenalkan – 5,000 unit sahaja, harga RM9,998

Berita Tempatan

Views

Boon Siew Honda hari ini melancarkan RS-X Repsol Edition yang dijual pada harga RM9,998 (tanpa insurans). Model ini juga terhad kepada 5,000 unit untuk seluruh Malaysia dan boleh didapati di wakil pengedar bermula esok (28 Oktober 2023).

RS-X Repsol Edition versi kali ini menampilkan perubahan reka corak grafik yang lebih ringkas dengan logo Repsol pada bahagian sisi bersaiz lebih besar.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Warna ikonik yang diinspirasikan dari jentera lumba pasukan MotoGP iaitu putih, oren, merah, dan hitam masih lagi dikekalkan.

Pasa asasnya ia sama sahaja seperti RS-X versi biasa yang dijana oleh enjin silinder tunggal DOHC bersesaran 149.16 cc yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan dan cekam jenis basah.

Enjin ini menghasilkan output 15.8 kuasa kuda pada 9,000 rpm dan 13.6 Nm daya kilas pada 7,000 rpm. Ia dilengkapi dengan fork teleskopik di depan dan monoshock bersama pelarasan pra-beban di belakang.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan brek cakera di hadapan dan belakang, manakala sistem brek anti kunci (ABS) satu saluran di hadapan sahaja.

 

Antara ciri-ciri lain adalah paparan meter digital dengan penunjuk kedudukan gear, lampu depan dan belakang jenis LED, rim bersaiz 17-inci (profil 90/80 di depan, 120/70 di belakang) serta tangki bahan api berkapasiti 4.5 liter.

Setiap pembelian RS-X Repsol Edition didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan 20,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply