ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga emas maut dirempuh BMW 5 Series dipandu vokalis kumpulan Kris

Berita Tempatan

Views

Seorang warga emas maut dalam kemalangan yang turut membabitkan vokalis kumpulan Kris, Abdul Halim Mohd Bukhari, di susur Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Jalan Kuantan-Maran, di Kuantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan laporan, kemalangan jam 10.45 pagi itu membabitkan kereta jenis BMW 5 Series dan motosikal Yamaha Lagenda.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Katanya, kemalangan menyebabkan penunggang motosikal, Eddy Kusmiran Ambi, 61, meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, Abdul Halim, 53, memandu kereta dari arah bandar Kuantan menuju Rompin.

Setibanya di tempat kejadian dan memandu lurus di lorong kanan, motosikal yang berada di lorong kiri dipercayai mengubah haluan ke lorong kanan secara tiba-tiba.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta cuba mengelak dan membrek tetapi terlanggar belakang motosikal itu.

Berikutan kemalangan itu, penunggang motosikal yang bekerja sebagai buruh binaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply