ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda RS150R versi baharu diperkenalkan

Views

Boon Siew Honda baru-baru ini telah melancarkan Honda RS150R versi baharu 2017 dengan warna dan jalur yang baharu. Model ini mula diperkenalkan di Malaysia pada Jun 2016 dan berada di pasaran sejak Ogos 2016. Ia dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Ini menawarkan tujahan kuasa 15.4 hp pada 9,000 rpm, manakala daya tork adalah 13.5Nm pada 6,500 rpm.

Berat badan RS150R adalah 123kg dan mempunyai kapasiti tangki minyak 4.5 liter serta dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Rekabentuk badannya sangat agresif, bentuk muka dan lampu yang tajam, rangka badan berlapis menunjukkan keunikan RS150R yang telah berjaya menambat hati peminat motosikal Malaysia.

Secara purata lebih 2,000 unit telah pun dijual setiap bulan dan untuk menampung permintaan pasaran yang tinggi ini, Boon Siew Honda telah meningkatkan kapasiti pengeluaran model ini. RS150R Baharu ini ditawarkan dalam tiga warna baharu: Edisi Trico, Merah ‘Candy (Candy Scintillate Red) dan Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), serta warna ekskulsif yang sedia ada, Edisi Repsol.

Honda RS150R 2017 akan berada di bilik pameran pengedar Honda mulai 8hb Ogos 2017 dan harga yang disyorkan bermula dari RM 8,478.94 (Merah ‘Candy’ dan Biru Mutiara) ke RM 8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol), termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Spesifikasi Teknikal Honda RS150R Baharu

Model RS150R
Engine Type / Jenis Enjin149.16cc Liquid-Cooled 4-stroke, DOHC / 149.16cc Penyejuk Cecair, 4 Kitaran, DOHC
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang57.3mm x 57.8mm
Compression Ratio / Nisbah Mampatan11.3:1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum11.5kW @ 9,000 rpm
Max.Torque / Tork Maksimun13.5Nm @ 6,500 rpm
Clutch Type / Jenis KlacWet Multiplate / Multi Plat Basah
Transmission / Transmisi6 Speed Manual  / 6 Kelajuan
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm)2,025 x 725 x 1,105
Wheelbase / Asas Roda (mm)1,276
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg)123kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(ℓ)4.5Liter
Suspension Type / Jenis SuspensiFront Axle: Telescopic / Teleskopik
Rear: Monoshock / Monosok
Tyres Size / Saiz TayarFront: 90/80-17M/C (46P)
Rear:  120/70-17M/C (58P)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply