ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli dan Menang sebuah Chevrolet Colorado di NAZA Merdeka Autofair 2017

Views

NAZA World meraikan sambutan Ulangtahun ke-42 NAZA dan Hari kemerdekaan Malaysia ke-60 dengan menganjurkan NAZA Merdeka Autofair 2017 pada 10 hingga 13 Ogos ini bertempat di NAZA World Automall, Petaling Jaya. Lebih 2,000 buah kenderaan akan dipamerkan di bawah satu bumbung sepanjang empat hari dengan menawarkan harga terendah dengan kadar faedah yang menarik dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Pameran akan disertai oleh 10 jenama antarabangsa seperti Maserati, Brabus, Chevrolet, Perodua (di bawah Naza Mekar), Indian Motorcycles, Harley-Davidson, Ducati, Vespa, Aprilia dan Naza Bikes.

Pelanggan yang membuat pembelian sepanjang tempoh acara NAZA Merdeka Autofair 2017 secara automatik layak untuk menyertai peraduan Beli dan Menang. Hadiah utama peraduan Beli dan Menang merupakan sebuah trak pikap Chevrolet Colorado! Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah diaturkan oleh NAZA World, seperti cabutan bertuah dengan hadiah berupa cenderahati dari jenama-jenama yang mengambil bahagian selain aktiviti keluarga dan kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Pengerusi Eksekutif Kumpulan, NAZA World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin berkata, “NAZA Merdeka Autofair 2017 membolehkan anda memiliki kenderaan idaman pada harga yang menarik menerusi promosi istimewa dan juga kadar faedah yang rendah. Matlamat kami masih sama seperti 42 tahun yang lalu, memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan yang menjadi sebahagian daripada kejayaan kami dan inilah masanya untuk kami memberikan sesuatu kepada mereka, terutama kepada pelanggan yang setia,”.

NAZA Merdeka Autofair 2017 akan dibuka kepada umum bermula jam 10 pagi hingga 7 malam, bermula Khamis ini, 10 Ogos hingga Ahad 13 Ogos 2017 bertempat di NAZA World Automall, Petaling Jaya. Jom ramai-ramai ke sana!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply