ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Tucson kini dengan enjin diesel 2.0L CRDI

Views

Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) memperkenalkan Tucson terkini yang dikuasakan oleh enjin diesel 2.0L CRDI dengan pengecas turbo yang dibina untuk prestasi yang mengagumkan serta menjimatkan bahan api. Enjin diesel 2.0L CRDI ini digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan automatik, yang memberi tujahan kuasa sehingga 178PS dan 400Nm tork bermula dari 1,750 ke 2,750 rpm dengan kelajuan tertingginya mencecah 201km/h dalam masa 9.3 saat. Siri-R enjin diesel CRDI ini turut dilengkapi dengan penyuntik piezo-elektronik yang menyuntik minyak pada takat 1800 bar, serta penggunaan bahan bakar yang rendah dan emisi sebanyak 186g/100km CO2.

Tucson didatangkan dengan pilihan tiga varian:

  • 2.0L Elegance (*RM126,188)
  • 1.6L Turbo GDI (*RM145,688)
  • 2.0L CRDI Diesel (*RM155,788)

*Harga atas jalan tidak termasuk insurans

Semua varian Tucson didatangkan dengan servis percuma untuk 50,000km dengan tempoh sah selama tiga tahun. HSDM turut menawarkan warnati selama lima-tahun atau 300,000km (yang mana terdahulu) untuk semua kenderaan keluarannya. Selain itu bantuan tepi jalan 24-jam juga ditawarkan kepada pemilik kenderaan Hyundai semasa dan baharu.

Antara ciri menarik yang ditawarkan pada varian baharu ini adalah:

  • Lampu hadapan LED Headlamps dengan lampu lentur statik.
  • Fungsi Auto Hold yang mencegah kereta dari terlajak ke depan atau terundur ke belakang.
  • Pintu belakang kuasa pintar yang boleh dibuka dengan hanya mendekatkan kunci utama.
  • Aksesori pilihan seperti tiga pakej kemasan kulit (pilhan warna: hitam, merah dan putih), kit badan dan rim bersaiz 19 inci.

Varian Tucson 2.0L Elegance turut menerima peningkatan minor seperti lampu kabus dan lampu nyalaan siang. Semua varian Tucson telah diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh kerajaan Malaysia. Tucson turut mendapat penarafan lima-bintang dari Euro NCAP hasil dari penggunaan 51 peratus keluli berkekuatan-ultra selain dilengkapi pelbagai sistem keselamatan terkini seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSM), Bantuan Mula Mendaki (HAC), Kawalan Brek Menuruni Cerun (DBC), Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan ciri Automatic Vehicle Hold dan enam beg udara.

 

KLIK UNTUK BESARKAN

 

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply