ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAZA Euro Motors lancar DS 5 baharu

Views

Satu lagi model dari subjenama DS iaitu DS 5 telah dilancarkan oleh NAZA Euro Motors baru-baru ini. Buat pertama kalinya DS 5 menjadi model perdana yang memperkenalkan identiti berasingan terbaharu jenama tersebut dengan semua lambang Citroen telah dibuang serta menampilkan rekabentuk yang memukau. DS 5 dijual pada harga RM198,888 (harga di atas jalan termasuk insurans).

Apa yang menarik mengenai DS 5 baharu?

  • Rekabentuknya yang dinamik dengan penghalusan dan ketelitian pembuatan serta dilengkapi teknologi termaju.
  • Jeriji hadapan krom baharu berbentuk heksagon dengan lambang DS berada di bahagian tengah.
  • Sayap DS yang bersambung dengan lampu hadapan xenon kini dikelilingi dengan lampu LED baharu.
  • DS 5 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.6 liter dengan pancitan terus yang menjana 165Ps pada 6000rpm dan 240 NM tork.
  • Enjin ini digandingkan bersama transmisi enam-kelajuan automatik.
  • Dari segi penggunaan bahan api, ia mencatat 5.9 liter / 100km dengan pelepasan CO2 hanya 135g/km.
  • Rekabentuk kabin DS 5 diinspirasikan dari kokpit pesawat dengan dihiasi kemasan aluminium.
  • Dilengkapi paparan skrin sentuh dengan teknologi New Mirror Screen dan sistem audio Denon Hi-Fi dengan enam pembesar suara serta subwoofer terbina dalam but yang turut dilengkapi sambungan USB/IPOD dengan Bluetooth.
  • Dua pilihan warna kemasan kulit upholsteri ruang dalaman – Basalt Black dan Sand Beige.
  • Antara ciri menarik yang lain termasuklah paparan warna dengan bilah lutsinar, butang penghidup enjin, sistem kemasukan tanpa kunci, tempat duduk hadapan elektrik dengan fungsi memori, sensor parkir hadapan dan belakang, brek parkir elektronik, rim aloi 18 inci baharu, lampu dan pengelap cermin yang diaktifkan dengan sensor, indikator pada cermin sisi dan lampu nyalaan siang LED.
  • DS5 menepati piawaian tertinggi keselamatan dan keselesaan dengan ciri-ciri standard seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), dan enam beg udara.

DS5 didatangkan dengan waranti Peace of Mind selama lima tahun atau 120,000km yang mana terdahulu, servis 24-hour Roadside Assistance dan akses ekslusif ke Sky Lounge by Naza di Lapangan Terbang Subang. Lima pilihan warna ditawarkan – Artense Grey, Noir Perla Nera, Bleu Encre, Pearl White dan Whisper Purple.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply