ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-Max single cab 3.0L – Trak pikap paling berkuasa di Malaysia

Views

Isuzu Malaysia Sdn Bhd melancarkan varian terbaharu pikap D-Max single cab 3.0L  yang merupakan  satu-satunya pikap single cab 3.0L di Malaysia. Ia juga merupakan pikap single cab paling berkuasa di negara ini dengan otput maksimum 177PS dan tork sebanyak 380Nm. Kini kedua-dua varian 2.5L dan 3.0L single cab dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Kuasabrek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Perubahan lain adalah kehadiran spring daun tugas berat yang membolehkan trak pikap ini lebih lasak ketika sedang membawa bebanan meredah permukaan jalan raya yang teruk. Rekabentuk bonet hadapan, jeriji hadapan dan bumpar hadapan D-Max single cab memberikan rupa yang lebih gagah dan pelekat 4×4 dengan rekabentuk khas melengkapi rupa keseluruhan hadapannya.

Di bahagian dalam pula, kehadiran kluster meter baharu dengan Indikator Penukaran Gear (GSI) memberikan kelainan pada model ini. Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimura berkata kenderaan seumpama ini biasanya digunakan untuk tugasan berat dan varian ini amat dialu-alukan oleh pengguna profesional. Tahun lalu jenama Isuzu kekal sebagai operator Kenderaan Komersil No.1 di Malaysia walaupun dalam situasi pasaran yang sangat mencabar.

Sejak mula beroperasi pada 2004, lebih 90,000 unit kenderaan telah pun terjual dan ia dijangka melebihi angka 100,000 unit pada penghujung tahun 2017. D-Max single cab 3.0L hanya didatangkan dalam pilihan warna Magnum White Solid sahaja. Harga bermula dari RM84,543.40 untuk 2.5L dan RM90,250.40 untuk 3.0L (harga-atas-jalan termasuk GST dan insurans).

KLIK UNTUK BESARKAN

SCap-_2005_SCap-_2005_Light Off Option 2_R4 SCap-_3004_Light Off R4 SCap-_4002_Light Off R4 SCap-_5001_R5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply