Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memberi khabar gembira kepada peminat kederaan mesra alam dengan membuka tempahan bagi model hibrid terbaru mereka Ioniq. Walaupun ada dua lagi versi Ioniq, Plug-In Hybrid dan Elektrik, namun hanya versi hibrid sahaja yang akan dijual di sini. Pesaing terdekat Toyota Prius ini akan dipasang secara CKD di Kulim, Kedah.
Ioniq akan dilancarkan secara rasmi sebelum akhir tahun ini dan harga jualan bagi model tersebut bermula dari RM130,000. Ia dikuasakan dengan kombinasi enjin 1.6L GDI 4-silinder Kappa dengan motor elektrik dan mampu mengeluarkan sehingga 139hp dan tork puncak 265Nm. Hyundai telah memilih transmisi DCT 6-kelajuan untuk digandingkan bersama kombinasi enjin dan motor elektrik untuk memacu model ini.
Model hibrid ini juga akan dipamerkan pada Malaysia Autoshow 2016 yang akan bermula hari ini sehingga Ahad. Kalau nak lihat Ioniq dengan lebih dekat, silalah ke Pusat Pameran dan Konvensyen Mines (MIECC) mulai esok ye! Hari ini hanya ada sesi khas untuk pihak media yang akan bermula jam 2.00 petang nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI