ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Tucson generasi keempat tiba di Malaysia – Tiga varian, dua pilihan enjin, harga dari 158,888

Berita Tempatan

Views

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini secara rasminya melancarkan model generasi keempat SUV segmen-C, Tucson di Malaysia setelah membuat penampilan pertama dan dibuka untuk tempahan pada minggu lalu.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan, Tucson ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu 2.0 Lite, 1.6T Plus dan 1.6T Max. Kesemua varian ditawarkan dengan pilihan pacuan roda hadapan.

Berikut adalah senarai varian dan harga Tucson di Malaysia (atas jalan tidak termasuk insurans):

  • 2.0 Lite – RM158,888
  • 1.6T Plus – RM178,888
  • 1.6T Max – RM195,888

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Lima pilihan warna ditawarkan termasuklah Gray Metallic, Phantom Black Pearl, Creamy White Pearl, Crimson Red Pearl dan Silky Bronze Metallic (dua warna terakhir tidak untuk ditawarkan varian 2.0 Lite).

Tucson didatangkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin Smartstream 2.0 liter aspirasi alami (NA) yang menghasilkan output 156 PS dan 192 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan untuk varian 2.0 Lite.

Dua lagi varian (1.6T Plus & 1.6T Max) dikuasakan oleh enjin Smartstream 1.6 liter turbo yang menjana 180 PS dan 265 Nm daya kilas dan disambungkan kepada transmisi cekam berkembar (DCT) tujuh-kelajuan dengan butang pilihan gear.

Model ini menampilkan reka bentuk bertemakan ‘Sensuous Sportiness‘ yang jauh lebih menyerlah berbanding model terdahulu, dengan lampu siang yang bergabung dengan jeriji ‘Parametric Jewel‘, lampu belakang bersambung, gerbang roda bersegi dan lekukan permukaan badan yang kompleks.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ruang dalamannya menampilkan reka bentuk papan pemuka yang moden dengan konsol tengah tanpa butang yang berada di bawah paparan unit infohibur bersaiz 8 inci dengan Android Auto/Apple CarPlay nirwayar dan pengecaman suara.

Dari segi keselamatan, kesemua varian dilengkapi dengan tujuh beg udara termasuk beg udara depan-toraks, brek parkir elektronik dengan fungsi auto tahan (auto hold), amaran pelanggaran titik buta dan amaran susur keluar selamat.

Varian mercu 1.6T Max pula mendapat ciri tambahan seperti tempat duduk hadapan dengan larasan lapan- tahap bersama fungsi pemanasan dan pengudaraan, paparan instrumen digital 10.25 inci, pintu but belakang kuasa, pengelap cermin automatik, slot pengecasan nirwayar, serta kelengkapan keselamatan penuh Hyundai SmartSense, termasuk kawalan jelajah pintar.

100 pelanggan terawal yang membuat tempahan pada atau sebelum 31 Disember 2023 akan menerima jaminan lanjutan percuma (lima tahun/300,000 km) dan pakej servis percuma (tiga tahun/50,000 km); selepas itu pakej itu boleh dilanggan dengan harga RM10,000.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply