Dalam artikel terdahulu kami ada menyiarkan foto sisipan perincian ringkas Proton S70 (SS11@P380A) yang memaparkan pilihan variannya.
Terkini, tular foto risalah rasmi S70 (SS11) yang telah dimuat naik menerusi akaun Facebook Proton Pantai Bharu 3S – Klang kira-kira beberapa jam yang lalu.
Ia memaparkan pilihan varian dan juga warna yang akan ditawarkan. Menurut risalah tersebuy, S70 (SS11) akan ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu:
- 1.5T Executive
- 1.5T Premium
- 1.5T Flagship
- 1.5T Flagship X
Tujuh pilihan warna yang ditawarkan mengikut varian pula adalah:
- Marine Blue (Metalik) – 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
- Armour Silver (Metalik) – 1.5T Premium dan 1.5T Flagship sahaja
- Quartz Black (Metalik) – 1.5T Flagship X sahaja
- Space Grey (Metalik) – semua varian
- Teal Bayou Green (Metalik) – warna baharu, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
- Passion Red (Solid) – 1.5T Premium dan1.5T Flagship sahaja
- Snow White (Solid) – semua varian
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
- Rim aloi bersaiz 16-inci
- Lampu hadapan jenis halogen
- Butang penghidup enjin dan ciri kemasukan pintar (pintu sebelah pemandu sahaja)
- 5 slot USB, 4 pembesar suara
- 6 beg udara
- Paparan meter monokrom bersaiz 3.25-inci
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mendaki (HHA)
- Kawalan Jelajah
- Brek parkir elektronik
- Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang, Amaran Buka Pintu dan Bantuan Ubah Lorong
- Paparan unit inforia bersaiz 8-inci – ressolusi 1024 x 600 Linux
- Kemasan tempat duduk fabrik
- Bolong pendingin hawa di belakang
- Lampu hadapan jenis LED
- Pendingin hawa automatik
- Jejalur lampu belakang
- Lampu hadapan automatik
- Kemasan dalaman jenis kulit buatan (leatherette)
- Kamera undur, penderia parkir di hadapan dan belakang
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
- Rim aloi bersaiz 17-inci
- Bukaan pintu but belakang induktif
- Paparan meter jenis LCD bersaiz 10.3-inci berdefinisi tinggi – resolusi 1920 x 720 Atlas + Android
- Unit inforia bersaiz 12.3-inci
- Tempat duduk pemandu kuasa
- Pengecas nirwayar
- Kamera 360 darjah dengan paparan 3D
- Sistem pemantau tekanan tayar
- Bantuan Pemandu Termaju (ADAS 2.0 sama seperti model X90) – Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA) dan APA tidak ditawarkan.
- Pemantau Tekanan Tayar
- Arahan Suara (Hi Proton!)
Difahamkan, Proton menawarkan aksesori kit badan penuh dan spoiler kecil pada pintu but belakang sebagai aksesori pilihan dan bukannya untuk varian Edisi Khas atau R3 nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Proton Pantai Bharu 3S – Klang
Foto rasmi Proton S70 (SS11)
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI