ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Proton S70 GT versi Theottle, ‘onz’ ke tak?

Impresi Artis

Views

Setelah berjaya meng’kontot’kan Proton S70 menjadi versi Hatchback dalam artikel terdahulu, kali sahabat kami yang juga pakar dalam manipulasi digital, iaitu Theophilus Chin@Theottle cuba untuk membayangkan versi “GT“nya pula.

Untuk versi GT, Theottle telah melakukan beberapa perubahan kosmetik dan yang paling ketara S70 tersebut telah menerima rekaan bampar hadapan serta belakang bersama diffuser dengan kemasan dwitona.

Jeriji dengan butiran motif songket ‘Infinite Weave‘ dan bingkai ‘Ethereal Bow‘nya juga digelapkan sepenuhnya untuk mendapatkan visual hadapan yang lebih ‘dramatik’, sesuai dengan konsep GT.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

S70 GT berwarna merah dengan bumbung hitam ini turut dipasang dengan skirt sisi berwarna gelap dan juga rim aloi kemasan hitam berkilat. Theottle juga telah menambah pelapik kemasan gelap pada gerbang rodanya.

Bagi menyerlahkan lagi elemen GTnya, Theottle turut meletakkan “Sayap GT” yang rendah berwarna hitam pada pintu but belakang.

Secara keseluruhan S70 GT versi Theottle memang boleh dijadikan ‘modal’ buat bakal pembeli untuk melakukan modifikasi setelah mendapat kereta baharu mereka nanti.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pada pandangan penulis, rekaan ini tidaklah sebegitu ‘radikal’, malah ia lebih harmoni dengan reka bentuk keseluruhan S70 yang masih mengekalkan bentuk tradisi sedan yang berasaskan ‘tiga kotak’.

Ramuannya ‘secukup rasa’ dan kena dengan rekaan bakal pengganti kepada Prevé ini yang lebih cenderung kepada gaya yang elegan dari luaran serta minimalis dari bahagian dalam.

Apa pendapat anda pula?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply